Friday, September 14, 2012

Celoteh Yana : Part 63 - Raya Ke 7 Penat nya...

Assalamualaikum,




Orang dah nak habis raya, Yana baru nak citer
pasal raya ke 7. takpelah, dah ada dalam draft, kita
share sajork :)



Pagi raya ke 7 tu, Yana bangun lambat .. 
Sebab sedap tidur hujan kan, En.Suami pun tak kerja.. 
Seronokla kami berguling atas katil. 
Tapi jam 9 Yana dah bangun kemas2 apa yang 
patut sebab keluarga mertua balik kampung, beraya. 
Yana gosok baju untuk ke kenduri makcik yang 
diadakan di Kelana Jaya. Cuaca agak baik bila 
matahari dah start menjengah jam 10 pagi.. 
Dalam pada buat kerja Yana terleka jam dah 
nak masuk kul 11 baru tengok henset. 
Aduh, ada 3 misscall dari Ayah ! 
Kalau ikutkan cara ayah, memang dia akan 
cuba pergi seawal mungkin ke kenduri 
saudara mara yang rapat. Yelah, kita yang rapat 
ni kira macam wakil tuan rumah juga kan, 
sementelah tinggal tak berjauhan, 
walau tak berderkatan masih dalam
negeri yang sama, Selangor.


En.Suami masih tidur lagi, tergesa2 kejutkan 
dia sebab tahu ayah call tadi mesti sebab 
nak ajak kitorang bergerak sekali jalan. 
Gopoh gapah bersiap malang nya tetap 
KENA TINGGAL.... huhuuu, ayah taknak 
tunggu ! Mana tak nya, Yana dah siap, 
En.Suami pulak biasa lah nak berasap dulu 
dalam bilik air, mengelamun pun ambil 
masa 30 minit. Jadi kami pergi kemudian. 
Mujur perjalanan lancar, takde kesesakan berlaku. 
Dalam 30 minit, kami dah sampai ke Komplek 
Sukan Kelana Jaya di mana majlis berlangsung.


Jam masa tu dah masuk 12.30 tengah hari, 
kami masuk dewan cari tempat duduk. 
Nak menjamah, sebab kat rumah memang 
tak makan pun. Ternampak sepupu2 Yana 
duduk 1 meja, kami pun berhenti salam2, 
En.Suami pergi ambil makanan dia dulu. 
Yana watpe? Bersembang lah apa lagi.. hehee.


Sambil2 tu, amik gambar. Sejak ada 
Black Maria ni, rasa macam serba salah tak 
ambil gambar buat kenangan kan. Apa guna beli 
kalau tak pakai kan ? En.Suami makan dulu, 
Yana pusing2 tawaf dewan ambil gambar.


Habis kenduri dalam jam 4 kami 
sekeluarga gerak balik, singgah rumah datuk 
saudara dekat Selayang. 
Pastu rumah nenek saudara 
dekat Selayang jugak. 


Dalam jam 8 malam baru 
sampai rumah... penat. 

No comments:

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm