Friday, September 14, 2012

Celoteh Yana : Part 64 - Raya ke 8 (Rumah Kawan)

Assalamualaikum,



Raya ke 8 jatuh pada hari Ahad 
bersamaan 26.8.2012, Yana takde beraya sakan pun. 
Badan sengal2 kenduri semalam tak hilang lagi, 
pagi tu bangun kemas2 sangkar kucing, kemas bilik, 
gosok baju nak beraya malam nanti, pastu 
makan tengah hari. Dalam pada relaks dekat sofa, 
baca novel.. Hujan turun dengan lebat, 
mata jadi stimmmmm je. Sangap (mengantuk) betul ! 
Terus terlelap dari jam 3 lebih camtu sampai 
jam 6 lebih nak ke tujuh. Kepala sakit sangat, 
mungkin sebab tido atas sofa (tak selesa) 
terus capai towel mandi. Baru rasa lega sikit. 
Dalam pada tu, kejut En.Suami yang sama lena 
dalam bilik, supaya get ready nak beraya rumah 
kawan Yana yang memang kami dah 
berjanji akan pergi. Dekat je pun, 
takdelah rasa berat sangat kan. 



Lepas maghrib, dalam 8 lebih kami bergerak. 
Rumah kawan tu, lebih kurang 5 minit je naik kereta. 
Dah lama tak jumpa masa raya lah baru nak 
berjumpa pun kan. Sesampai je rumah dia, 
kitorang pun macam biasa lah, rancak ber bual. 
Kawan tu nama nya Aida, anak 2 orang. 
Kawan 2 orang lagi nama nya Alia, dan Azni, 
masing2 beranak 1 orang. Yana je yang 
masih 'bujang' trang tang tang :)



Sambil makan2 kitorang bersembang, 
sambil minum2 bersembang, alangkah 
bahagia nya.. Lama tak jumpa kan, laki 
masing2 buat tak nampak, dunia kami yang punya.. 
huhuu, laki2 wat hal sendiri tengok tv sambil 
sembang2 hal lain pulak. Pandai2 lah bawak diri, 
orang perempuan dah berjumpa nak bergosip.. 



Azni dengan anak nya, Syasya



Anak2 Aida, Zhariff dan Tisya
(tengok sajalah gelagat si Zhariff buat hidung macam tu, nakal !)



Alia dengan anak nya, Qaseh




Sesi makan memakan :)



Azni dengan tuan rumah, Aida 



Kami bergambar dengan anak2 :)



Suami2 orang ni ! 




Apa pun, memang enjoy sangat sebab 
dapat berkumpul dengan kawan2. 
Masing2 ada cerita tersendiri, tapi bila masing2 
dah ada anak, cerita tentang anak pun masuk sekali ! 


Harap2 akan ada lebih banyak perjumpaan macam ni ! 







SERONOK ! :)


p/s : sori ada gambar yang teleng, dah adjust tak jadi jugak..
NI ENTRI LAST RAYA.. dah kehabisan gambar

1 comment:

アヌム said...

best kan raya..meriah gituu.huhu

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm