Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 15, 2012

INFO : Proses IUI


Suntikan Benih Suami (Artificial Insemination)

Rawatan secara 'ar
tificial insemination' adalah satu kaedah 
di mana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntik 
ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur. 
Proses ini juga digelar dengan nama ‘I.U.I.’(intra uterine insemination).



Siapakah yang perlu menjalani rawatan I.U.I. ?
1. Benih suami kurang, lemah atau bermasalah.
2 . Mandul tanpa sebab-sebab yang diketahui (Unexplained Infertility)
3 . Isteri mengidap penyakit endometriosis tetapi 
saluran fallopian tuidak tersumbat.
4 . Suami lemah tenaga batin, tidak boleh menyetubuhi isteri.



Cara menjalani IUI
1. Mulakan rawatan pada haid hari ke-2 atau ke-3. 
Perlu makan ubat subur clomid 4 biji sehari , selama 5 hari. 

2 . Lepas haid bolih adakan pesetubuhan sehingga hari ke12. 
Berhenti 2 hari sebelum datang klinik untuk scanning bagi 
mengesan pematangan telor.



3. Pada hari subur - hari ke14 - 18.datang keklinik untuk 
buat transvaginal scanning (TVS) untuk mengesan telor- 
berapa telor dan sudah matang atau belum, 
sudah menetas (ovulation) atau belum.
Jika sukar untuk datang untuk buat scan, pilihan lain 
untuk mengesan ;ovulation' atau penetasan telor ialah dengan
 mencatitkan suhu badan BBT sebaik sahaja ubat subur 
dimulakan. Kaedah catit BBT



4. Pada hari penetasan telur berlaku, suami perlu 
mengeluarkan air mani yang akan diperoses di makmal kesuburan, 
lendir dibuang, benih-benih yang paling aktif dan terbaik 
mutunya dipilih dalam 1cc cecair khas.
Bagi suami yang sering bertugas diluar negara, offshore atau 
outsation pada ketika isterinya subur, mereka bolih menyimpan benih 
dalam freezer khas dan bolih digunakan untuk IUI jika perlu.(sperm freezing)



5. Suntikan benih dilakukan melalui faraj dengan menggunakan 
satu tiub plastik ke dalam ruang rahim. Selepas suntikan ia berehat 
selama 30 minit. Hubungan seks masih bolih dilakukan mulai 
keesokan malam berselang2 malam selama 7-10 hari, 
kerana seringkali ada banyak telor yang dihasilkan dengan 
rangsangan clomid dos tinggi.



6. Pasangan digalakkan melakukan persetubuhan 
tiga malam berturut-turut selepas suntikan benih.
Rawatan cara I.U.I. boleh diulang banyak kali mungkin antara 3-6 kali. 
Sebaiknya dilakukan selang 2-3 bulan.



(TransVaginalScan @ TVS)





Anggaran kos ialah RM 700 untuk setiap prosedur IUI
 

8 comments:

IntaNBerliaN said...

huhuuu takut pulak akak tgk gambar tu... seriau..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

yelah kak, tapi pada yang belum ada rezeki mengandung secara normal, redha je buat IUI ni..

KipasBiru said...


Insyaallah....tak cuba tak tau kn?gud luck!

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Nissa : saya sekadar share info ni, bukan nak buat. Masih cuba kaedah biasa :)

Nina Aman said...

Yana, sy ngeri la TVS ni.. Bln dpn gynae nk scan sy lak.. Huu... Sakit x? yana pnh kena?

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Hai Nina : tak sakit lah, asalkan kita tak keraskan kaki . buat macam biasa je.

Unknown said...

Saya dh bt iui...senak jer rasa

Unknown said...

iui xsakit..jgn keraskan badan..cume pas buat iui rasa senak skit..2je

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm