Friday, February 8, 2013

Celoteh Yana : Part 104 - Last Day Kerja

Assalamualaikum,


Harini Jumaat bersamaan 8.2.2013, bermakna hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang 1 minggu sempena Tahun Baru Cina. Cuti pergi mana? Duduk rehat2 kat rumah je kot, sebab kandungan masih awal kan. Takmau lasak2, travel2.. Beringat kes2 sebelum ni.

Selera makan? Pergh, pagi, tengahari, malam bantai makan nasi ! Semua nampak sedap, tapi lauk pilih2 jugakla. Bukan hantam jugak.. hehee. Tapi lepas makan je mesti perut rasa sebu. Tak selesa.

Yang tak best nya, Yana kan start makan kismis sejak hari ovulasi tu, tapi 2,3hari ni, setengah kotak pun tak mampu habiskan. Kalau paksa jugak makan, time kunyah tu rasa nak muntah. Lidah dan tekak takleh nak terima. Haiz, makanan menyihatkan pun taknak .. Tapi McD, KFC tu semua memang tak makan dah sebab junk food memang tak elok kan. 

Kalau bab tidur, jangan cakaplah. Pagi mengantuk, tengahari mengantuk, malam apatah lagi. Minggu ni sampai Ahad En.Suami outstation, awal lah Yana masuk bilik. Kul 10 malam dah tidur, kalau dia ada kul 12 belum tentu dapat lelap. 

Semalam pergi scan, alhamdulillah, dah nampak kantung berada di tempat nya, dalam rahim..
Baby nampak macam dot hitam tu lah.. Doktor tu cepat sangat scan nye.. Tak puas tengok lagi, eksaited sampai terlupa nak suruh dia printkan gambar. Nak wat kenangan. Tapi belum ada heartbeat lagi. Nak pergi scan balik lagi 2minggu dengan En.Suami insyaallah masa tu dah nampak heartbeat. Nak sama2 eksaited dengan En.Suami, yelah dia pun menantikan anak dia ni. 

Selalu tiap2 malam Yana cakap dengan baby, "Sayang, pegang ibu kuat2, 9bulan lagi kita jumpa"
Doa kat Allah swt supaya beri Yana peluang merasai pengalaman menjadi seorang ibu.. 

Yana harap baby kali ni kuat, macam Yana jugak.. Takkan berputus asa. 


Semoga Allah swt memanjangkan usia mu ...

7 comments:

Aeen said...

T8 cre yana..InsyaAllah..kali ni kandungan yana kuat..:)

CikPuan Fara said...

Tahniahhh. Happy dgr sorang lg ttcian pregnant. teringat ms ttc dulu.huhu. take extra care! rehat n jg mkn bebetol :))

::EIDA:: said...

eh eh yana dh preggy? syukurrrr... tahniah... jge kndungn baik2 yaa... doakn ida myusul... aminnn

Wawa Tasliman said...

tahniah.. take care.. awal2 memang kena jaga, sebab sgt fragile..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Congrats uols Wahh same la kiter ekk
Hi5 moga d permudah kan

Nastyna said...

Insya Allah.. both kuat. betul la dear, jangan lasak2 sangat.

iietamalek said...

InshaAllah..jaga kesihatan yana

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm