Tuesday, February 19, 2013

Celoteh Yana : Part 108 - Lauk Berpantang

Assalamualaikum,


Baru lepas baca entri Mama Kasih's (Fillanie), tentang entri berpantang. Yang mana WAJIB bagi semua kaum Hawa yang melahirkan anak / keguguran. Berpantang ni bagus, untuk kebaikan badan kita jugak yelah nak pakai sampai akhir hayat. So, takkan kita nak biar badan kita sakit2 sebelum waktu nya kan. Melainkan Allah swt turunkan penyakit untuk menguji itu lain cerita. Jadi, selagi boleh jaga kita jaga.

Kalau pasal pantang, Yana suka ! Sebab apa? Sebab masa tu lah dapat rehat puas2, pakai baju tebal2, stokin & jalan lemah gemalai. Perlahan2. Makan sedap2. Tak sedap ke lauk orang berpantang?? Sedap lah.. Ikan singgang, sup sayur, ikan bilis tumis halia & lada hitam, macam2 lah yang boleh dimakan sebenar nya. Masa Yana pantang gugur aritu memang takde amik gambar apa pun. Sebab teruja kan, lauk dah ada depan mata makan dengan nasi panas2, kunyah2 halia dengan lada hitam tu, rasa panas je dalam badan. Best tau, sebab bila kita melahirkan ni, badan kita akan jadi sejuk sebab urat2 yang kembang. So, dengan makan benda2 camni sekurang nya dapat panaskan badan kita. Mungkin ada yang suka cara moden, tak jaga makan, etc tapi tak kisah. Ikut lah pada badan masing2. Kalau okay, teruskan lah.

Kat sini Yana pernah share RESIPI LAUK ORANG BERPANTANG. Semua mudah2, even ibu2 yang tengah berpantang tu boleh masak sendiri, sekadar campak2 je bahan yang ada. Suami lagi lah senang. Tengok resipi, kopek sana kopek sini masuk periuk, bukak api nah tunggu je. Dah didih masak isi tu, hidanglah pada isteri. Tak susah. Janji ada hati nak buat. Kalau dapat mak sendiri jaga lagi seronok, request je. Asalkan sesuai untuk orang berpantang, konfirm dapat. Kalau mertua sporting, mintak jelah :)

Ni nak tepek sikit gambar lauk berpantang Yana ambik dari Google. UUuuiiihh, sedapnya. Meleleh ai lior ni



Daging masak lada hitam kaw2 ! Sluurrrppp



Sup Ikan



Ikan Bilis Lada Hitam Tumis Kering2 
(MY FAVOURITE!!)



 Sup Ikan Haruan Dengan Halia
(INI SEDAP!!)



Singgang Ikan 



Tapi masa pregnant tak boleh kan makan lauk2 ni?? 
sebab lada hitam panas takut effect plak.
Huih sabar2... 




14 comments:

Ina Haireina said...

Ikan Bilis Lada Hitam Tumis Kering2 tu saya suke.. hehehe...

fifi said...

careful tau masa mula2 makan nanti.takut baby kuning..i sehari jer makan benda ni,terus malam tu rissa kuning.tp ikut baby gak la..

CikNaa said...

boleh mkn daging eh? huhu..
mase ciknaa pantang ada 2 version..
johor & pahang. tapi tak dpt nk mkn sesedap atas ni. huhu.. sup ikan, takde daun sup.. sejuk bleh menggigil bentan.. (penah kene) rase nye mkn sesimple yg boleh.. nak elakkan luka jahitan tu gatal.. tp lada hitam & halia mmg tak dapat lari.. hui raye ni kite pantang.. org lain sibuk makan rendang.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Fifi Nadhrah said...

fifi selalu masak sup je.. lepas tu masak cincuan.. fifi panggil la.. masak asam kot org lain pggl..

Nastyna said...

Ini tak payah tunggu pantang beranak, hari2 pun elok diamalkan makan macam ni. owh pregnant takleh makan panas, baru tau. ok noted for future.

cikcoklat a.k.a Haiza said...

akak dulu...mak mmg strict gler bab mkn..ari2 lauk ikan haruan kering n idup je..no kuah2 y byk..no sayur2..no buah2..so merasa la sembelit ya amat..hihihi...

Cik Puan Rara said...

huaaaaa lepas ni bersalin kali ke2,rara nk mkn sayur n buah.xnk jd buasir cm dulu.

iietamalek said...

Ikan bilis lada hitam sedap..hehe

Mrs Lurve said...

sup haruan tue dulu punyala susah nk mkn, alasannya sbb nmpk isi putih..sekali bila berpantang masa gugur ri2, punyala byk ekor abah beli haruan nie utk mkn..siap pesan dkt mak kalo masak xnak nmpk isi putih2 tue...tp kalo wat goreng perap dgn lada dan bwg putih..sedap!!

Nina Aman said...

yana, sedap tu lauk daging black pepper...bila yana due?

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Estimate bulan 9 @ 10 camtu lah

Ummiarissa Mahdi said...

ha'ah Yana..sedap betul makanan dalam pantang kan..

sobri yaacob said...

lauk pantang..masa akak bsalin.. g pasar x tau beli ikan apa..
siap tnya kat apek ikan lg..tnya mana ikan utk pantang!!

morol of stry: org laki pun kna ambik tau gak..hai2 mcm ni.

superengineermummylife said...

wah menarik ni.... saya lagi dua bulan akan mula berpantang... terima kasih share menu ye... Feel free to visit my blog: http://badansihatidamanhotsupermummy.blogspot.com/2014/07/7-cara-mengekalkan-susu-ibu-sentiasa.html

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm