Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 25, 2012

Kehamilan Sulung : Episod 3 (Pendarahan)

(update 22.2.2012)


Hari ini (22.2.2012) bangun pagi macam biasa..
Buat sarapan En.Suami, sediakan apa yang patut dan lepas En.Suami
pergi kerja Yana pulak bersihkan diri untuk pergi kerja..

Cek lagi panties, tengok ADA LAGI BROWN SPOT TU !!
.. memang risau sangat la masa tu. 
Tapi terpaksa buat2 tak tahu sebab dah terlambat nak pergi kerja..

masuk ofis bertambah rasa tak sedap hati , sebab terasa ada "PENGELUARAN'
dari MissV.. terus masuk toilet cek, BROWN SPOT + sedikit DARAH MERAH.

Ye, saya ulang DARAH MERAH...wwwuuuuuuu sedih3!! sebab doktor cakap
selagi takde darah keluar, chance untuk kandungan selamat adalah tinggi.. 
Tapi kalau dah keluar, chance 50/50 !!! Apakah dugaan yang Allah bagi ni..
(terasa berdosa juga sebab mempersoal kerja Allah swt)


Cuci Miss V bersih2, sambil tenangkan fikiran, continue buat kerja ofis yang
melambak ni, campur stress penat sakit pinggang sume.. Dalam jam 11 pagi camtu,
terasa HEAVY FLOW dari Miss V.. Ya Allah !! sekali lagi eprgi bilik air tengok dah 
PENUH pantyliner dengan DARAH !!!...  Nak nangis jeeee rasa nya 


Terus sms bos, kata saya nak 1/2 day kerja harini, bergegas pergi hospital ..
Beratur lama nya dekat Emergency room tu, lebih kurang 2 jam baru saya dipanggil.

Darah masih mengalir, dalam masa 2jam tu setiap 15minit saya cek pantyliner..
Dan tukar kalau penuh.. Perasaan masa tu memang tak boleh digambarkan..
Sedih, kecewa, marah, takut semua ada la.. complete set orang kata.


Masa dipanggil masuk ke bilik rawatan, doktor pelatih tanya itu ini saya pun citer la..

Dan kena tunggu lagi, untuk jumpa doktor terlatih pulak..

Tunggu lagi lebih kurang 1jam setengah, baru dipanggil...

Doktor Terlatih : Ye Miss, ada apa masalah? 

Yana : Errr, saya pregnant dalam 5-6 weeks. Scan tak nampak dan 2 hari ni ada 
Brown spot keluar dan harini start fresh blood.. Banyak juga, 2,3kali salin pantyliner penuh.

Doktor : errmm, keadaan ni, dipanggil "threatened abortion" yang mana rahim u tak cukup
kuat untuk hold the baby, or call as fetus.. Kita akan buat scan lagi sekali, mana tahu kalau
kita boleh nampak fetus tu? U tukar kain dan baring dekat sana ye (sambil tunjuk katil
dihujung bilik rawatan tu)

Yana : (tukar kain, baring lah sambil fikir macam2)

Doktor : (scan bahagian bawah perut, gelek sana sini pun masih tak nampak, cuma nampak 
rahim yang menebal).. Okay Miss, saya scan ni pun belum nampak apa2, mungkin kandungan
u masih awal. Biasa nya 8-10minggu boleh nampak jelas, dan ada yang lebih awal 6minggu boleh 
nampak fetus dan heartbeat sekali.. Tapi sekarang i nak buat scan melalui Miss V u, untuk 
lihat kalau boleh nampak fetus tu atau kantung..

Yana : okay (sambil teringat tentang pengalaman kawan2 blogger pernah kena TVS scan ni, 
ada yang kata sakit, ada yang kata tak sakit, petuanya, RELAKS.. jangan stress)


APA ITU TVS scan ??
TVS atau nama panjangnya Transvaginal Scan alat seperti tongkat dimasukkan 
ke dalam faraj untuk menghantar gelombang bunyi dan mengumpulkan refleksinya.
Ia digunakan secara lebih kerap pada awal kehamilan apabila rahim dan 
tiub fallopio berada lebih hampir dengan faraj berbanding permukaan perut.





Doktor : okay sekarang saya nak masukkan , u relaks okay..

Yana : urrrmmm ... 

Doktor : urm , saya nampak ada satu bulatan kecil lebih kurang 2mm di sini(sambil tunjuk skrin)
kemungkinan itu adalah kantung / sac kamu..Urm, kosong hanya karung kalau kamu kata 5-6weeks pregnant
bermakna boleh nampak fetus dalam kantung itu.. Tak apa, kamu datang lagi 2minggu untuk 
kita cek lagi kalau kandungan sudah membesar ataupun sama saja..

Yana : urrrmmm ... okay (masa ni dah takde mood sangat2)

Doktor : (sambil tulis report dalam komputer) datang bila2 masa kalau ada rasa sakit perut / 
darah lebih banyak / keluar ketulan macam tisu.. Sekarang saya beri u MC seminggu.

Yana : okay, kalau driving boleh ke doktor? Saya pandu sendiri datang sini. MC tu saya kena
duduk rumah baring je ke? tak boleh buat kerja langsung?

Doktor : urm , driving boleh .. as long u tak ada hentakan / tekanan pada rahim. U balik rest saja, 
kalau nak makan minum mandi boleh saja, cuma jangan angkat benda berat.. Lebihkan baring.. Ok.

Yana : okay, thanks doktor.. (keluar bilik senyum sebab dapat MC, terlupa sekejap pasal bleeding)

Doktor : datang lagi pada 27.2.2012 untuk cek up ..




~sambung next entri ye, penat juga menaip ni, macam zaman sekolah pulak, 
buat karangan panjang2~

INFO : Ancaman Keguguran

Apa itu ANCAMAN KEGUGURAN ??

Bagi sesiapa yang dah pernah alami perkara ni, mesti tahu apa dia.. 
So Yana nak share pada yang belum tahu, bakal hamil atau sedang hamil...



Keguguran (abortion) adalah kehamilan yang gagal sebelum 20 minggu
 atau bila melahirkan berat janin dibawah 500grm. 
Pada umumnya keguguran terjadi kerana kelainan janin,
 kelainan anatomi rahim dan trauma.



CIRI - CIRI  KEGUGURAN 

terjadi pendarahan secara berterusan,
sakit bawah perut atau terasa senak. 

Kalau ada tanda seperti ini anda harus :

1. Segera berbaring dengan posisi kaki lebih tinggi dari bahu anda.
2. Berehat sampai pendarahannya berkurang atau STOP.
3. Jangan melakukan aktiviti berat, atau mengangkat yang berat-berat.
4. Tidak boleh melakukan hubungan seksual.
5. Segera hubungi / berjumpa doktor anda, untuk tindakan selanjutnya.



Ibu hamil mesti mengambil berat perkara seperti berikut untuk dapat anda
ceritakan pada doktor nanti :-

- Bila pendarahan terjadi.
- Berapa banyak yang keluar? Apakah tompokan atau mengalir.
- Kalau tompokan, berapa kali dalam sehari?
- Apa warna darah yang keluar? Merah tua atau muda? Jernih atau pekat?
- Adakah darah itu mengeluarkan bau?
- Ada tak serpihan daging yang ikut keluar bersama darah?
- Apakah terasa sakit, seperti cramp perut?






kalau ada tanda2 seperti di bawah, kenala cepat2 jumpa 
doktor, lebih cepat lebih bagus..

-          Darah yang keluar sangat banyak dan disertai 
dengan cramp perut atau senak yang teramat
-          Pendarahan berterusan selama 24 jam atau lebih. 
Terasa pening, suhu badan naik seperti demam

-         ATAU ANDA ADA SEJARAH KEGUGURAN ...



FAKTOR KEGUGURAN ??

Faktor Pertama:
Sebenarnya kalau mengikut kajian, 
sebahagian besar wanita mengandung mengalami keguguran mungkin bakanya, 
iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.


Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan,
tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan.
Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.



Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur,
baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom 
mereka abnormal.
Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.



Pasangan sedemikian tiada jalan lain
selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan
dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan
dari segi undang-undang dan agama Islam.



Faktor kedua:

Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis
(rahimnya jatuh ke belakang),
dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang.
Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini 
kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan 
sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.


Faktor ketiga:
Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.
Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan 
sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.


Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. 
Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan 
beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.



Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada 
badan kucing boleh menyebabkan keguguran. 
Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, 
perlulah sentiasa berhati-bati.



Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, 
tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.






LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL UNTUK
MENGELAKKAN KEGUGURAN ??

Selepas pemeriksaan dilakukan,
jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, 
wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. 
Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, 
dan multi- vitamin E.




Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, 
amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan 
vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.




Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung 
diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. 
Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari 
segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.
Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. 
Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya 
persetubuhan pada peringkat mengandung boleh 
menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.






Sekian, diharap info ini sedikit sebanyak membantu kawan2 :)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm