Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 25, 2012

INFO : Ancaman Keguguran

Apa itu ANCAMAN KEGUGURAN ??

Bagi sesiapa yang dah pernah alami perkara ni, mesti tahu apa dia.. 
So Yana nak share pada yang belum tahu, bakal hamil atau sedang hamil...



Keguguran (abortion) adalah kehamilan yang gagal sebelum 20 minggu
 atau bila melahirkan berat janin dibawah 500grm. 
Pada umumnya keguguran terjadi kerana kelainan janin,
 kelainan anatomi rahim dan trauma.



CIRI - CIRI  KEGUGURAN 

terjadi pendarahan secara berterusan,
sakit bawah perut atau terasa senak. 

Kalau ada tanda seperti ini anda harus :

1. Segera berbaring dengan posisi kaki lebih tinggi dari bahu anda.
2. Berehat sampai pendarahannya berkurang atau STOP.
3. Jangan melakukan aktiviti berat, atau mengangkat yang berat-berat.
4. Tidak boleh melakukan hubungan seksual.
5. Segera hubungi / berjumpa doktor anda, untuk tindakan selanjutnya.



Ibu hamil mesti mengambil berat perkara seperti berikut untuk dapat anda
ceritakan pada doktor nanti :-

- Bila pendarahan terjadi.
- Berapa banyak yang keluar? Apakah tompokan atau mengalir.
- Kalau tompokan, berapa kali dalam sehari?
- Apa warna darah yang keluar? Merah tua atau muda? Jernih atau pekat?
- Adakah darah itu mengeluarkan bau?
- Ada tak serpihan daging yang ikut keluar bersama darah?
- Apakah terasa sakit, seperti cramp perut?






kalau ada tanda2 seperti di bawah, kenala cepat2 jumpa 
doktor, lebih cepat lebih bagus..

-          Darah yang keluar sangat banyak dan disertai 
dengan cramp perut atau senak yang teramat
-          Pendarahan berterusan selama 24 jam atau lebih. 
Terasa pening, suhu badan naik seperti demam

-         ATAU ANDA ADA SEJARAH KEGUGURAN ...



FAKTOR KEGUGURAN ??

Faktor Pertama:
Sebenarnya kalau mengikut kajian, 
sebahagian besar wanita mengandung mengalami keguguran mungkin bakanya, 
iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.


Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan,
tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan.
Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.



Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur,
baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom 
mereka abnormal.
Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.



Pasangan sedemikian tiada jalan lain
selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan
dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan
dari segi undang-undang dan agama Islam.



Faktor kedua:

Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis
(rahimnya jatuh ke belakang),
dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang.
Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini 
kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan 
sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.


Faktor ketiga:
Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.
Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan 
sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.


Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. 
Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan 
beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.



Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada 
badan kucing boleh menyebabkan keguguran. 
Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, 
perlulah sentiasa berhati-bati.



Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, 
tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.






LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL UNTUK
MENGELAKKAN KEGUGURAN ??

Selepas pemeriksaan dilakukan,
jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, 
wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. 
Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, 
dan multi- vitamin E.




Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, 
amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan 
vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.




Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung 
diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. 
Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari 
segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.
Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. 
Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya 
persetubuhan pada peringkat mengandung boleh 
menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.






Sekian, diharap info ini sedikit sebanyak membantu kawan2 :)

No comments:

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm