Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 25, 2012

Kehamilan Sulung : Episod 2 (Ancaman Keguguran)

okay, sambung cerita...(update 19.2.2012)

Balik dari klinik, kami mulakan hari macam biasa jelah..
Pergi kerja balik kerja...

Yana takde rasa mual ke, pening ke, muntah2 ke, tanda2 orang preggy memang
tak keluar langsung. hati rasa tak sedap sebab selalu nya orang yang preggy at least 
mesti ada sikit lah simptom nye kan... Sebab ikutkan dah masuk 6weeks preggy ni.
Tapi nak sedapkan hati, cuba lah google info sikit.. sebab ada je orang yang langsung
takde MS kan, Allah senangkan perjalanan kehamilan dia.. 



terbaca 1 ayat dekat blog seorang blogger :-
Ada sesetengah ibu mengandung mengalami simptom morning sickness di awal2 kandungan, ada sesetengah ibu mengandung yang mengalaminya di pertengahan kandungan dan ada juga sesetengah ibu mengandung mengalami morning sickness di akhir kandungan 

Sesetengah kes, si suami pula yang mengalami morning sickness




tapi nafsu makan memang menjadi lah kan, sebab teringat "ooh kena makan untuk 2orang ni,
kesian baby kalau tak cukup makan" INI ADALAH SALAH !! sebab tak semestinya 
kita sedang hamil, kena makan untuk 2 orang, ni boleh menyebabkan OBES dan masalah
kesihatan lain, pada ibu dan juga bayi yang dikandung.. 


So, takde lah Yana ambil pusing sangat kan tentang MS tu.. Meneruskan hari macam biasa...
En.Suami pun takde tanda2 alahan, (rasanya lagi bagus sebab kalau dia sakit, ekkk nye kalah Yana ni)
hehee.. maaf En.Suami, :)

Pada 21.2.2012 , tengahari waktu lunch keluar makan macam biasa dengan seorang kawan ni,
lepas siap2 makan belilah betik potong, nak bagi lawas kan , sebab terbaca katanya orang preggy ni
selalu sembelit.. Sambil drive nak balik ofis, jamahla betik tu.. Sedap, very juicy !
Balik je ofis melabuhkan punggung macam biasa lah, tiba2 rasa nak terkencing pulak..
Masuk toilet terperasan ada TANDA / SPOT warna light coklat.. Alaaaaaammmmaaakk, hati
dah tak sedap sebab pernah terbaca jugak (see, berapa banyak yang saya baca) 


TANDA-TANDA GUGUR


  • Pendarahan. 
  • Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.

  • Sakit.
  • Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.

  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.




Ikutkan hati malas nak fikir sangat benda2 camni, tapi tak boleh.. makin taknak fikir, 
makin menjadi2 dia datang dalam otak ni.. berebut2 nak masuk ! 

Balik kerja, terus gi klinik tanya doktor apakah tanda tu, dan penyebab nya..
Hati terasa sebak bila doktor pun akui itu tanda2 "threatened abbortion" atau bahasa melayunya 
"ancaman keguguran" ....uuuuuu, sedih sangat masa tu !! tapi taklah nangis depan doktor, saya
tabah je terima kalau ini takdir saya.. Tapi doktor bagi chance kata ada je pregg mama yg sesetengah nya keluar spot / darah di awal kehamilan, ada yg sampai nak bersalin pun.. Kira bahagian masing2 lah kan dapat yang mana.. Lega sikit kat situ sambil fikir positif yang baby saya tak apa2.. 


* Threatened abortion

BIASANYA bakal ibu mengalami pendarahan tetapi apabila pemeriksaan dilakukan, kandungan masih lagi hidup. Pesakit dinasihatkan banyak berehat dan mengelak daripada kerja-kerja fizikal yang berat. Kemungkinan pendarahan akan berhenti dan kandungan kembali stabil itu ada.


Doktor bekalkan ubat kuatkan rahim untuk 5 hari.. nama nya DUPHASTON. sebiji RM 9, 
total kena RM 45 dan konsultasi doktor RM 20. melayang lagi RM65, takpelah baby punya
pasal...


Balik tu, bersihkan diri tengok kat panties, dah takde spot tu (Sebab sebelum gi klinik, lepas 
wash Miss V, terus tukar pantyliner).. lega sikit.. Malam tu, citer dengan En.Suami, 
katanya jangan fikir2kan sangat.. Kalau difikirkan lagi takut effect baby..



Tidurlah saya dengan perasaan ingin tahu dan menunggu hari esok tiba..



Nantikan episod seterus nya ya ~

Kehamilan Sulung : Episod 1

Okay, kalau korang ada baca episod lepas, mesti mungkin tertunggu2 episod kali ni kan, 
sebab Yana ada gi tau yang kitorang dah dapat berita gembira selepas 4 bulan berkahwin..

Macam ni, masa tu, bertarikh 5/2 period Yana dah lewat baru 3 hari
(selalu nya tiap 1/2 hbln dah kua)
sesaja lah beli preg test kat Watson waktu lunch,.
((biasa lah orang pompuan kalau dah kahwin ni
memang eksaited lebey kot nak cek2 kehamilan ni.
Macam seronok pulak beli pregnancy test pastu dengan perasaan teruja balik
rumah cek2 dalam bilik air, tup2 dapat keputusan Positif kan..
terus berseri2 muka sepanjang hari sementara tunggu suami balik keja.
Kalau boleh nak terus tweet / update kat FB "WAAAHHH , PREG TEST AKU POSITIF LA !!! " ))


Okay, Yana wat la test tu lepas balik dari lunch.. Beli 2 pek tester,
1st time wat, pergh cam tak caya dapat 2 line, tapi kabur sangat..
Masa tu dah happy boleh tahan jugakla, rasa nak call En.Suami terus gitau dia..
Tapi sabar lagi, pastu dok belek2 sampai jemu.. haha, 
masa tu memang tak ingat apa dah. Eksaited sangat !!
Yelah, 1st time kan.. Tapi still berfikir kenapa kabur...

(korang tengok, kabur kan?? tak puas hati betol !)


Tak puas hati lagi, sebelum balik kerja, petang tu wat lagi sekali test ..

tetap KABUR ! sentap ok ! 
Masa tu odo2 lagi tak cukup ilmu, terus cari Mr Google
banyak nak tanya dia nih ! 

Yana taip sesuatu yang berbunyi "UPT test kabur"


Keluarlah macam2 link, apa lagi menelaah la....
macam2 info dapat,

Ada yang kata : UPT line2 kabur sebab kandungan masih baru /
kandungan hormon dalam badan masih rendah / kehamilan tak menjadi 
dan macam2 lah ! 
Masa tu cuak ah tengok ayat yang last sekali tu : KEHAMILAN TAK MENJADI..
Macam2 dah otak ni fikir, apa kenapa dan mengapa UPT test ku kabur ...
Hati tak keruan sangat, semua nya sebab 1st time so huru hara la kan risau !



tapi still sms En.Suami, gtau ada "present" nak bagi dia.. Dia pun excited gak tanya banyak kali apa dia,
apa dia present nya.. But Yana still kata takpelah balik dulu, nanti baru bagi. kalau gtau sekarang
bukanlah present nama nya.. Kan ? hehee..

So petang tu, beria dah standby kit tu dalam beg tempat paling senang sekali nak capai
(poket utama), dengar je bunyi motor En.Suami depan rumah (biasa nya balik kerja dia akan hon 2,3kali)
terus senyum2 depan pintu. Sambut macam biasa, dan bawakla barang2 masuk dulu.
Kebetulan semua orang dekat luar masa tu, jadi kami berdua je. Ajak En.Suami masuk
bilik mertua (masa ni kami lepak rumah mertua, malam lepas makan baru balik rumah lain)
Suruh En.Suami duduk dulu dan suruh dia pejam mata, cepat2 capai test kit tadi, dan berdiri
depan dia sambil bukak genggaman tangan tu suruh dia bukak mata balik..

Dan tahu? En.Suami pura2 tanya "APA NI?" ,... eee wat2 tak paham pulak dia ni. Terus bagi
bungkusan test kit tadi dan suruh dia baca. Last2 dengan muka ada sinyum, dia peluk saya yang masih
berdiri tadi sambil usap2 perut saya.. OOhh mmg heaven kan saat tu?? sapa yg pernah rasa tahu la..
Yang belum, nanti akan tiba jugak k ;)

So, malam tu kami berdua tido ada sinyum memanjang.....

Bermula dari hari tu, setiap hari Yana google info2 pasal kehamilan. Just nak tambah ilmu,
yelah biarlah kita ada preparation kan.. Tentang tanda2 kehamilan, cara jaga kehamilan,
bila waktu boleh scan baby, keguguran dan macam2 lah..

Nak dijadikan cerita, seminggu lepas wat test tu, kitorang decide nak gi scan baby.
Yelah, En.Suami nak jugak tengok macam mana rupa nya anak tu kan, walhal saya dah cakap
dia akan kelihatan macam bulatan kecil je.. (masa wat test haritu, period dah lewat 3hari, so
assume dalam nak masuk 5weeks preggy)

Jenuhla tahan kencing dari rumah sampai penuh kantung ni, nak bagi rahim naik senang
scan kata doktor.. Eeerrrgghh memang takleh tahan rasa nya. Yelah kita orang pompuan pundi
takde lah besar mana kan, dapat tahan 20mnt tu pun dah kira lama...

Masuk je bilik doktor, "Puan Yana sila baring".. okay, muka sinyum lagi tengok En.Suami...
Doktor pun mulakan misi menggelek perut Yana.. Cari punya cari tak jumpa2.. Eh mana
baby ni? Menyorok ke.. (cakap dalam hati jelah)



(camnilah rupanya lebih kurang masa scan tu berlangsung, gambar dari Google)
(eh tapi Yana takdela vugil camni, just selak baju nampak perut je ;) )


Doktor cakap "urm, rasanya kandungan awak baru lagi, upt test positif ek? Bila awak buat?"
Yana "lebih kurang seminggu lepas doktor tapi garisan nya blur antara nampak tak nampak"
Doktor "okay takpelah, awak datang lagi 2 minggu, maybe masa tu dah boleh nampak, ikutkan
LMP awak, dah 4-5 minggu kandungan ni, so saya bekalkan awak asid folik ye.makan sebiji sehari"
Yana "okay doktor"

Kaunter luar, di cas RM 42 untuk scan dan RM 15 untuk bekal sebulan asid folik.....
Pulanglah kami berdua dengan hati yang hampa baby tak menunjukkan diri..





*Entri sambungan kejap lagi, gigih kena habiskan semua entri dalam bulan ni, baru boleh masuk 
entri terbaru..Phewwww, doakan saya punya masa ok :)*

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm