Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 2, 2012

Celoteh Yana : Part 61 - Blog Aku Bukan Bidadari :)

Assalamualaikum,,



Blog Yana ni selalu dapat referral dari 
Blog Aty_Fared (Aku Bukan Bidadari)  :)
KEBANYAKAN NYA datang jenguk 
sini dari blog kak Aty..


(sorry kak Aty, mohon halal copy & paste header)



Siapa kak Aty? Mesti ramai yang kenal. 
Dia dah lama start blogging, dari January 2010, 
ertunangan dia pada 12.1.2010 kira permulaan
 cerita tentang blog dia. 
Blog bridal to be lah pada mula nya.. 
Kalau baca dari mula2 kak Aty buat blog, 
blog dia memang funky. Ada tulisan kecik besar, 
warna warni.. Dia kahwin pada 18 September 2010 , 
dan di sahkan hamil pada December 2010..
tapi keguguran pada January 2011 di usia 
kandungan 13 minggu. Belum rezeki lagi 
kata orang. Sedangkan Yana pun ada sejarah 
keguguran. Kita tak tahu apa Allah dah aturkan 
dalam hidup kita. Kita kan pelakon sahaja ..


Tapi dengan izin Allah swt, 
kak Aty kembali pregnant pada September 
tahun yang sama ! :)
Alhamdulillah, harap Yana pun akan dapat 
berita gembira tu satu hari nanti .


dan setelah mengandungkan selama 9bulan ++, 
kak Aty selamat melahirkan seorang bayi lelaki 
yang sihat pada 18 April 2012 .. Seronok kan ! 
walaupun kak Aty terpaksa bersalin secara 
Caesarean tapi Alhamdulillah, baby sihat dan 
diberi nama Qaleef Eeman Bin Mohd Farid. 


Sekarang, kak Aty melalui fasa2 menjadi ibu, 
mempelajari hari ke hari menjadi ibu yang baik 
dan mahukan yang terbaik untuk anak dia.. 
kak Aty ambil keputusan jadi suri rumah 
sepenuh masa, jaga sendiri Qaleef di rumah. 


Pembaca blog Yana yang masih belum kenal
kak Aty, pergi lah singgah2 ye.. Kak Aty ada
share banyak info jugak untuk ibu2 baru..
Sama2 lah boleh belajar. Yang lama tolong
yang baru, dan yang baru cedok ilmu dari orang lama :)



Dan Yana berterima kasih pada sahabat2 
blog kak Aty, sudi singgah ke blog Yana yang biasa2 ni.. 

Andai ada tersilap kata, minta maaf ye :)

Monday, October 1, 2012

Celoteh Yana : Part 60 - Jadilah Dari Tak Ada

Assalamualaikum,


Hasil membebel siang malam, dapatlah sikit 
buat minum kopi.. walaupun belum 
boleh cash out, tapi bangga jugak sebab ada, 
dari nan hado kan .. Bersyukur lah dengan 
nikmat kurnia nya. Ada je orang yang tak dapat 
langsung, ada je yang dah cash out ribu riban.. 
ooooh, my Nuffnang



Pagi2, dah mula dengan entri duit, mudah mudahan masyuuukk minggu ni :)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm