Thursday, July 12, 2012

Celoteh Yana : Part 27 - Penculikan

Assalamualaikum,








Di bawah ni cerita yang Yana dapat dari Fb, so nak share jugak dengan ibu2 semua.. 



Awas! Taktik Menculik Budak Di Pasaraya
Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon.
Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam.
Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.
Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. 





Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas









SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

9 comments:

aTy _faRed~ said...

Memang menakutkan..!!! Ya Allah..lindungi lar kite dan anak2 kite semua..aminnn...

umiyumi said...

Alhamdulillah dpt jumpa balik budak tu. zaman skrg byk sungguh jenayah berlaku sampai nak keluar rumah pun rasa tak selamat.

miszatie said...

YA ALLAH tktnye..moga dijauhkan

Asmara said...

Kisah ni berlaku di pasaraya luar negara. Harap2 negara kita pun boleh buat perkara yg sama jika berlaku kejadian seperti ini. Tp bewaspada dan hati2 lebih utama.

lady scooter said...

menakutkan..! sib baik diorang pantas bertindak kan?

semoga kejadian ni tak berulang lagi..

http://skuterlady.blogspot.com/

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Asmara : luar negara ada Carrefour juga ye? kalau betul ni terjadi di luar negara, ye saya pun harap rakyat Malaysia juga mampu bertindak pantas !


Lady Scooter : ya , kalau tak tahu lah apa yg akan jadi kat budak tu,.. Sedih =(

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

seriyesss takut la nak bawa anak sorang diri...kena ada org lain tgk ur kids if kiter bz shopping...dah la my son ni suka larik2...kat sini ok la safe kat mesia tue takut sgt

IntaNBerliaN said...

bahayanye... kne bg perhatian lbh kat ank bila kuar kan..

Mooniqueen said...

Aah aritu pun Ada baca di fb... Ya Allah memang MQ pun menggigil baca statement ni... Mintak dijauhkanlah...

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm