Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 14, 2012

Celoteh Yana : Part 65 - SELAMAT HARI MALAYSIA (16 September)

SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA !!







Pada tahun 1955, Singapura telah 
diberikan kuasa pemerintahan 
dalaman di bawah Perlembagaan Rendel 
dan David Marshall telah dilantik menjadi 
Ketua Menterinya yang pertama. 
Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai 
oleh Parti Tindakan Rakyat 
(People's Action Party-PAP) di bawah 
pimpinan Lee Kuan Yew, telah mendapat 
kuasa penuh untuk menubuhkan 
kerajaan sendiri. Di Sarawak pula, 
pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959. 

Langkah pertama dalam penubuhan 
Malaysia bermula pada tahun 1961 
apabila satu cadangan untuk 
membentuk sebuah persekutuan 
yang lebih luas merangkumi 
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, 
Sarawak, Sabah dan Brunei dikemukakan 
oleh Tunku Abdul Rahman. 
Cadangan ini secara amnya diterima 
oleh penduduk Tanah Melayu 
dan Singapura, tetapi menimbulkan 
rasa curiga di kalangan 
penduduk Sabah dan Sarawak.


Walau bagaimanapun, 
cadangan tersebut dibantah oleh 
Filipina yang telah membuat 
tuntutan hak ke atas Sabah. 
Cadangan ini juga menerima 
tentangan dari Indonesia yang 
melihatnya sebagai satu 
langkah untuk menjajah Borneo 
oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.



Cadangan ini bagaimanapun 
mempunyai kesan langsung dalam 
mempercepatkan penggubalan 
perlembagaan di Sarawak, 
Sabah dan Brunei. Pilihanraya 
diadakan buat pertama kalinya di Brunei 
dan di Sabah pada tahun 1962. 
Satu suruhanjaya kerjasama 
British-Persekutuan Tanah Melayu yang 
diketuai oleh bekas Gabenor 
Bank England, Lord Cobbold, telah 
melawat Sabah dan Sarawak pada 
tahun 1962 dan melaporkan bahawa 
kebanyakan negeri menyokong 
penubuhan Malaysia.


Walau bagaimanapun, tentangan 

yang berterusan daripada Filipina dan 
Indonesia telah menyebabkan 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 
menghantar satu misi ke Borneo pada 
tahun 1963, yang turut melaporkan 
bahawa pandangan awam 
rata-rata menyokong penubuhan Malaysia.

Justeru, pada 16 September 1963, 
Malaysia telah secara rasminya dibentuk 
dan ia terdiri daripada 
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, 
Sarawak dan Singapura. 
Brunei pula menolak usul untuk 
menyertai Malaysia. Namun, 
pada tahun 1965, Singapura menarik 
diri daripada Malaysia dan menjadi 
sebuah negera yang merdeka.




Rentetan Peristiwa
TARIKH
PERISTIWA
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik
23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia





SELAMAT BERCUTI :) 

SABTU AHAD DAN ISNIN !


3 comments:

Aty Fared said...

waaahhhhhhhhhh...bagus info ni yana...:)

IntaNBerliaN said...

selamat hari malaysia yana..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Salam semua, selamat hari Malaysia :)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm