Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 8, 2012

INFO : Khasiat Susu Kambing


SUSU KAMBING DAN 
KEPENTINGANYA DALAM HIDUP KITA


Selalunya, apabila menyebut susu, 
kita sering membayangkan susu lembu. 
Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat 
jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, 
susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya yang lebih kecil.


Jika dilihat dari segi khasiatnya, susu kambing tidak kalah 
dengan susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk 
mengamalkan minum susu kambaing adalah disebabkan 
tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan 'panas'. 
Hakikatnya, susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah, 
jantung dan banyak lagi. Tapi berapa peratus masyarakat dunia
 tahu akan manfaat susu kambing!


Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi lengkap 
dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin
 iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asthma, 
masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan 
saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali 
yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid 
terlalu banyak dalam perut dengan cara menipiskan asid hidroklorik
 perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak.



SEJARAH SUSU KAMBING

Nabi Adam a.s
Bermulanya Human Civilisation (tamadun manusia) 
Habil & Qabil menternak kambing dan ianya merupakan 
ternakan haiwan pertama di dunia.

Nabi Ibrahim a.s
Merupakan penternak kambing yang agung. 
Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya.
Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

Nabi Isa a.s
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel - bangsa Yahudi 
(satu bangsa yang dikenali cerdik). 
Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

Peristiwa Israk Mikraj
Nabi Muhammad SAW telah disediakan dengan tiga jenis
 minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu. 
Baginda memilih susu. 
(Minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu)

Nabi Muhammad SAW
Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh 
Rasulullah SAW adalah susu kambing segar yakni langsung 
diminum sesudah diperah dari kambing 
(kisah Abdullah Bin Mas'ud pada masa remaja, menggembala 
kambing milik Uqbah Mu'aith) dipetik dari tulisan 
Dr Indah Krisanti-Alhikmah.com

Mahatma Gandhi
Tokoh sejarah India, Mahtma Gandhi pula minum segelas 
susu kambing setiap pagi dan malam sebagai amalan hariannya. 
Penganut agama Hindu mengamalkan minum susu kambing 
bertujuan untuk meningkatkan daya ingatan, 
juga di dalam amalan perubatan mereka.

Puteri Maharaja China
Puteri-puteri Maharaja China pada zaman dahulu juga 
mengamalkan minum susu kambing dan sering berendam 
didalam susu kambing untuk menjaga kecantikan mereka.



MENGAPA SUSU KAMBING?
Susu terbaik selepas susu ibu
Tidak menyebabkan alahan
Menguatkan sisitem imunisasi tubuh
Bersifat alkali
Meningkatkan daya kepekaan, tumpuan dan ingatan
Melancarkan sistem penghadaman dan usus
Membantu mengubati kanser, demam kuning, gastrik, 
ulser, asma (lelah), penyakit kulit dan masalah sukar tidur
Membantu merawat sengugut, darah tinggi, lemah jantung, 
kencing manis, batuk kering, gout dan lain-lain
Mengimbangi gula dalam darah dan kolesterol
Menguatkan jisim tubuh yang sihat 
(tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf)
Tidak menyebabkan kahak
Memulihkan tenaga batin
Awet muda



SUSU KAMBING vs SUSU LEMBU
* Tidak mengandungi Protein Kompleks 
(Alpha-casein & Beta-casein Protein) - penyebab utama alahan
* Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi
 berbanding dalam susu lembu:
*Protein 2.1 kali ganda *Zat Besi 2.0 kali ganda 
*Vitamin A 3.8 kali ganda *Kalsium 2.2 kali ganda
*Potassium 2.1 kali ganda *Garam Galian 2.0 kali ganda 
*Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
* Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing 
lebih tinggi berbanding susu lembu
* Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah 
dihadam berbanding susu lembu
* Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan
 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam
* Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali 
berbanding susu lembu yang asidik


SUMBER NUTRIEN SUSU KAMBING
* Tenaga * Protein * Lemak * Karbohidrat * Gula * Kalsium * Zat Besi * Vitamin A
* Vitamin B1 * Vitamin B2 * Vitamin C * Vitamin D * Vitamin B12 * Asid Folik
* Inositol * Sodium * Potassium * Selenium


2 comments:

iietamalek said...

thanks for the info..

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu.. susu kambing ni mmg byk khasiat dia.. :-)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm