Thursday, January 10, 2013

Celoteh Yana : Part 92 - Kita Selalu Terlupa

Assalamualaikum,



Terbaca entri VeeLara, terus terdetik hati nak buat satu entri. Pasal diri ini. Yang selalu alpa, terlupa....

Semalam menghadiri tahlil arwah pakcik (dahla lambat!), rasa sedih sangat tengok2 atuk sedara dah terbaring tak berdaya. ingatkan dia still steady boleh berdiri duduk macam jumpa sebelum ni. sambil sembang2, terasa betapa cepat nya masa berlalu, dah terlalu ramai pergi menemui Ilahi. tetiba rindu zaman kanak2 masa semua mereka masih ada dan sihat walafiat. (petikan dari FB Yana)

Yana dah dekat 3bulan kot since last visit arwah pakcik yang sakit (kanser dalam perut). Masa 1st time jumpa arwah (dah sakit) dia still steady, boleh gelak2.. senyum macam biasa. Masa tu terkejut jugak sebab dia dah kurus, botak dan pucat. Tapi dia cakap jangan risau sebab ni semua sebab buat kimoterapi. Dia sihat2 je. Dan atok sedara Yana tu plak masa tu boleh berjalan, duduk, ketawa dan sembang2. Dia dah kena strok dalam 2 tahun kot. Tapi bila semalam tengok atuk, dia dah terbaring atas katil.. Rasa hancur hati ni tengok keadaan dia. Sebab langsung tak jangka dia dah selemah tu. 

Yana kuatkan kaki, melangkah pergi dekat dia.. 

Yana : Assalamualaikum Atuk, ..... kenal tak siapa? (sambil Atuk gerakkan tangan nak bersalam, dan berfikir siapa perempuan di depan dia.. Atuk gelengkan kepala)

Yana : ni kakyong lah (nama panggilan Yana dalam keluarga) sambil senyum dan hampir menitiskan air mata

Atuk : ooh okey okey (jawab dalam nada sangkut2 sebab tak larat)

Yana : Tak sangka Atuk dah terbaring macam ni, Ya Allah.. (menitis air mata masa ni, Atuk pun kuar air mata) Atuk janganlah nangis, Allah nak uji. Atuk dah makan?

Atuk : dah.. 

Yana : Haritu kakyong ingat nak tengok Atuk kat hospital, tau2 Atuk dah keluar

Atuk : (Angguk2 perlahan)

Yana : Sekarang Atuk dah tak boleh bangun ke? (sambil Yana ternampak Atuk dah pakai lampin pakai buang) dah lama ke Atuk baring ni? Boleh mengiring je ke? Boleh duduk ? (bertalu2 Yana tanya sebab terkejut tengok keadaan Atuk)

Atuk : uuhhh, boleh, sikit2 (Yana tak pasti dia jawab soalan mana tapi pasti nya bukan untuk soalan bangun dan duduk tu)

Setelah Yana tanya Atuk macam2 soalan, terimbau kenangan masa kecik.. Yana ada seorang sepupu anak tunggal nama nya Auni, kami memang rapat. Sementelah Yana dijaga oleh nenek dia masa kecik ada dekat 2-3tahun. Sampai kitorang sekolah rendah masih rapat. Ibu Auni rajin bawak kitorang pergi bercuti hujung minggu ke apartment dia belakang shopping mall GALERIA jalan Setapak (orang KL tahu kot)
Kami mandi kolam sama2, tidur makan semua sama2.. Yana panggil ibu auni sebagai IBU juga. 
Dan Atuk tadi, adalah Atuk saudara kami. Yang mana Atuk sebenar Yana Atuk Ahmad, dan nenek sebenar Auni Nenek Chu adalah adik beradik kepada Atuk Uda (di atas). Dan masa kecik Yana selalu pergi rumah Nenek Chu, Atuk Uda. Kami semua rapat. Sampai kan anak Atuk Uda kami panggil dengan nama gelaran mereka ALONG, ANGAH, ACU.. 
bukan paklong, pakngah, pakcu.. =)
Yang meninggal kelmarin ialah ALONG (Al Fatihah)

Maksud Yana dengan tajuk di atas, Kita Selalu Terlupa : 
Yana ada jugak kadang2 pergi jenguk mereka2 ni, tapi JARANG .. boleh dikira dengan jari. Dan KEBANYAKAN Yana pergi jumpa mereka adalah disebabkan mereka SAKIT/KEMATIAN/KENDURI
Yana terlupa, walau sesibuk mana kita, mereka2 inilah yang mencorakkan kehidupan kita pada mula nya. dari kita kecil sampai lah kita TERLUPA pada mereka. Yana rasa menyesal.. Tapi,masa tak boleh di undur semula. Yang pergi dah pergi, yang tinggal tetap akan pergi. Yana selalu rindu kan mak, ayah, adik2.. 
Kami duduk berdekatan (1 taman) tapi Yana jarang boleh balik jumpa mereka. Tapi ada telefon. Kadang2 hari biasa pun Yana singgah sekejap. Hanya untuk lepaskan rindu. Jenguk adik2.



Insyaallah lepas ni akan cuba spend lebih masa dengan mereka. Semoga Yana dan kawan2 semua takkan TERLUPA akan tanggungjawab yang 1 ni. 



Hargailah mereka selagi mereka masih ada. 

2 comments:

Fiza Rahman said...

Sedih. Kita kena banyak habiskan masa dgn org yg kita sayang kan. Rindu kat mak.

Mimie said...

kite kne byk abiskan mase dgn yg tersayang..kalo dh xde nti bru kite akan rase kehilangan

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm