Tuesday, April 16, 2013

Celoteh Yana : Part 132 - Senak + Sakit

Assalamualaikum,



Semalam 1 hari perut meragam, akibat kurang makan atau terlebih makan saya pun tatau.. Muntah ada sekali, lepas maghrib. Pastu memang langsung tak larat, kepala pening, perut tak sedap & badan sengal2.
rasa tak berupaya je. Dalam jam 9 lebih, perut memulas. kena cerry berry pulak. Dah lah tandas cangkung memang tak selesa guna sejak mandong ni. Yelah mana nak cangkung, nak jaga perut, nak neran lagi. memang payah rasa nya. Takleh imagine bila perut dah besar nanti. Mungkin kena beli kerusi tandas OKU yang berlubang kat kawasan punggung tu. (sori, cerita sedikit kuutttuuurrr >.<)

Lepas cerry berry yang mengeluarkan segala isi perut tu, terus melepek atas katil. Tak sampai setengah jam, rasa senak + sakit sangat kat kawasan ari ari. Terasa ketulan aka 'dak kecik' ni duduk nya betul2 kat kawasan ari ari kiri. Menyucuk nyucuk macam kan protes sebab himpit dia masa cangkung tadi. Memang tak boleh nak baring mengiring ke kiri, rasa tak selesa + sakit seakan dia semakin menekan. Terus baring sebelah kanan je, kadang2 terlentang. 

En.Suami yang concern tengok bini dia kesakitan ajak pergi klinik tapi saya rasa mungkin biasa kot, yelah 1st time kan. Kalau ada bleeding tu lain lah cerita. Macam kawan2 cakap, rahim nak mengembang, baby dah start bergerak etc.. So, saya cuba tahan jela dengan harapan hari esok nya (hari ini) keadaan akan jadi baik seperti sedia kala. Saya minta En.Suami cakap2 dengan anak kami, dia nasihatkan 'dak kecik' behave jangan wat ibu sakit etc.. Dan alhamdulillah, saya dapat tidur selepas tu.. walau dalam kesakitan. sebelum tu puas guling sana sini, tak mau jugak tidur. eeee, anak bapak agak nya ! =)

Dan alhamdulillah, bangun pagi ni, tak rasa sakit kat situ lagi, agak nya 'dak kecik' dah berpindah tempat. ke tempat asal dia, tempat sepatut nya dia duduk, macam sebelum2 ni. 

Yang tak faham nya, setiap kali balik kerja je, mesti kepala ni pening sangat... rasa macam ada batu hempap. Ada jugak saya baca2 dalam google, kata nya normal. tapi kalau sampai nak pitam, atau dah pitam, kena pergi hospital. . semoga takdelah sampai jadi camtu ye. Sekarang koyok dah jadi bestfriend,selain minyak cap kapak. setia di sisi.....

13 comments:

Bella Amanda said...

xpernah lagi kena mcm 2..xde pape la 2 rahim nk mngembang @ yana mkn mcm2 kot.

Mama Vogue said...

Lain org lain keadaannya bile mengandung :)
Saya sendiri pun seksa gak time tu, lepas 7 bulan baru dapat menikmati makan dengan berselera..hihihi

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

dehydrate kot.. ce minum air byk2..
buka banyak2 sikit tau..
banyak..banyak..banyak.. :)

sya ibrahim said...

Siannya awak. Semoga ibu dgn anak sihat2 je. Banyakkan minum air kosong n mkn buah2. Take care k.

aNis LeMoN aBu said...

hmm, i tak tau any remedies untuk senak tu.

tapi i terharu bila baby u dengar cakap husband u. bagus baby-daddy bonding awal :) nanti i nak buatlah jugak. :D

::EIDA:: said...

take care ye yana. ida taktahu nak bg tips ape sbb tak pernah lalui. hehehhehe

eika_jps said...

salam perkenalan....memg perit klu tandas cangkung.....eika sejak perut dah sarat rasa tak kuasa nak mencangkung...klu terpaksa gak messti sakit bahagian perut....
tentang sakit kepala tu normal sbb masih baru...in shaa allah lepas nie akan beransur hilang....apa pn take care yer

jemput singgah blog eika yer....
http://atikarafina.blogspot.com/

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Bella : harap2 gitu lah

Mama Vogue : itu lah. sabar jela

Belinda : mungkin jugak, sbb sy kurang minum air.. sebab tak selera minum air kosong

Sya : terima kasih awak :)

Anis : ye, harap2 dia akan mendengar kata sampai akhir hayat dia

Eida : sampai masa Allah swt bagi Eida lakui tu..Amin

Eika : tu lah.. sebab menekan dia kan.harap2 sakit kepala tu hilang secepat mungkin. tak larat

Nurul Husna said...

saya penah kena mcmtu...sakit sgt bwh abdomen..doc kata baby punya kedudukan dah lari..tp tu normal..malam sblm tdo hubby pesan kat baby supaya 'duduk' dalam tu elok2..cian mama sakit..esok pagi bangun Alhamdulillah hilang sakit :)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Husna : saya pun rasa camtu..terima kasih kongsi :)

Nastyna said...

owhh.. saya pun tak tau sangat pasal ni. Ha toilet tu mmg la payah kan lagi2 nnt perut dah makin besar, cramp kaki haa.

NinaAz said...

Hai. Salam kenalll. Bestnyaaaaa bila upt mula positif. Huhu. Bilalahhh masa tu akan tiba. Jenuh dah nina tunggu. Negatif jeaaa. Walaupun baru 5 bulan kawin. Nk sgt cepat lekat. Sb kami pjj kan. 2 bulan baru jumpa. Uh.uh. btw. Nice to know u

♥ dak pink said...

Kadang-kadang kalau kena macam tu, mebi sebab kencing kotor. Kena minum byk air putih.

Tp try buat checkup lah.

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm