Wednesday, February 12, 2014

Celoteh Yana : Part 185 - Syahir Dah Besar

Assalamualaikum...



Sejak dua tiga hari ni, Syahir dah tunjuk perangai budak besar. Apa dia buat? Dia nak tidur sendiri... dia taknak ibu tepuk2 macam sebelum ni. Uhuk uhuk... ibu sedih jugak sebab baby ibu taknak ibu dodoi sebelum tidur.


Lepas dah kenyang menyusu, dia lagi suka golek2 pusing kanan pusing kiri sampai dapat posisi terbaik lalu mumbling sorang2 dan tertidur dengan sendiri nya. Semudah itu.......... bau ketiak ibu tidak lagi menjadi pujaan hati Syahir. Huhu.




Ha.. camnilah gaya tidur dia sekarang. Kebanyakan nya mengiring dan meniarap


Harini Syahir dah 4 bulan setengah, tak lama lagi masuk 5 bulan .. semakin hari semakin banyak akal dia. Yang terbaru lebih selesa tidur meniarap, sejak2 dah pandai meniarap ni. Walhal dulu tak hingin tidur camtu pun mungkin sebab sakit dada n perut dia tak pandai balance lagi.


Paling best ada anak ni kan bila dia pegang2 muka kita sambil bebel entah pe benda, atau masa dia bangun pagi nampak kita dia bagi senyuman yang paling manis sekali, ataupun masa dia nak kita ambil dia dari dukungan orang lain sambil buat muka comel dan merayu. Alahaiiii cair !

4 comments:

Nastyna said...

dah nak masuk 4 bulan... kejap jer kan. Haa dah pandai berdikari yer, sangat bagus ok.

Bella Amanda said...

sama la yana...klau amik dari umah pengasuh senyum je tgok mama dia dari jauh.:-)

Aeen said...

dah besar la dia....kejap betul rasa kan...ain ni pun terasa kejap je tgk Raynia tu dah 3 bulan...rasa sekarang nie masih berpantang je lagi..heheh

::EIDA:: said...

alahaii dah besar dah die. lame ida tak jenguk sini. tup tup dah besar. hehehhehee

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm