Monday, September 22, 2014

Celoteh Yana : Part 203 - Tukar Susu Lagi (Enfalac A+ -> Bebelac -> Dugro)

Assalamualaikum...



Syahir masa baru lahir dah minum susu Enfalac A+ Step 1 sebab masa tu Yana stress, bsalin czer dgn induce 13jam susu pon tak keluar. Terus cal En.Suami belikan susu apa2 la untuk newborn dalam masa sama Yana picit2 nipple utk bagi jugak Syahir kolostrum awal tu. Alhamdulillah dapat jugak. Tapi nak kenyangkan dia memang tak dapat. Dia nangis je so bancuh gak susu formula.



Syahir terus minum Enfalac A+ sampai umur dia 6bulan lebih. Bulan pertama sampai bulan ketiga minum 1.2kg je sebab campur susu badan. Bulan keempat sampai bulan keenam dah bertambah jadi 3.6kg makna nya 3kotak besar. Sekotak dah rm145 macam tu la. Kali dengan 3, seram gak nak bayar tapi gagahkan jugak demi anak. Nak yang terbaik plus dia dah minum sejak lahir. Kira dah serasi. Tak berani tukar brand lain.


Bila Syahir dah makan solid food, susu minum sama banyak gak. Mana tak montel ! Lepas je 6 bulan, dia cirit birit. Sehari membuang dalam 8-10 kali. Memang kesian sampai melecet bontot dia plus nangis2 masa nak cebok sebab kena sabun kan. Kalau tak sabun macam tak bersih pulak. Krim memang sentiasa sapu lepas cebok.
Yana fikir mesti sebab susu / dia nak besar kata orang tua beralih bulan. So Yana tunggu dekat seminggu lebih tak jugak baik. Dah risau sangat terus terfikir susu punya pasal. Apalagi pergi Manjaku belek2 semua jenis susu baca nutrisi dan khasiat yang ada. Rasa macam Ya Allah susah nya nak buat pilihan. Sebab mana ada jual trial pack, semua standard saiz. Google kat situ gak blog2 mak2 yang pernah tukar susu anak sebab cirit birit. Last2 terbaca kat blog mama Razin&Rania kot pasal susu Bebelac. Dah puas baca, konfiden amik tin kecik dulu. Bebelac Step 1 Rm 22 setin 400g. Dengan harapan semoga Syahir okay boleh terima susu ni.



Dan alhamdulillah lepas seminggu nampak okay, berak okay, dia pon tak reject susu tu. Terus continue sampai lah baru2 ni Syahir demam, cirit birit lagi........ Ibu pening -.-
Apakah nak tukar susu lagi atau nak belajar jalan pulak? Sebab ciri2 tu dah ada. Setiap kali bancuh Bebelac, tak sampai setengah jam minum mesti Syahir berak. Jenis yang berangin tu meletus2 bunyi nya plus terpercik kena baju basah seluar semua. Bocor. Kesian tengok dia walaupon punggung tak melecet tapi mesti pedih lubang tu kan.
Jadi, tukar susu lagi dia pun dah nak setahun minggu depan. Ke Manjaku lagi kita.....


Belek punya belek Yana decide try pek ekonomi, Dugro 1+ perisa Asli. Ikut la prosedur tukar susu macam biasa try susu lama 2x, susu baru 1x dekat 4hari. Nampak okay plus dia pun kenyang lama sikit kalau tido malam.



Semalam Yana try bagi full susu baru, Dugro. Tak berak ko ! Memang dah risau ni, sebab Syahir bangun pagi mesti berak. Pagi ni tak berak. Ah sudah ! Konfirm de masalah. Takpela.. mandikan dia dulu macam biasa, bagi breakfast pastu susu. Tak sampai suku minum dia dah tertonggeng tonggeng sambil merengek. Eh pahal budak ni, dah nangis3 plak pastu. Kompom berak keras ! Yana po dukung dia baringkan atas sofa tolong dia dengan tolak kaki ke perut. Macam posisi cangkung  tula.


Lega akhirnya keluar gak ketulan yang menyeksakan itu..... sian dia. Ibu tambah pening, makna nya kena la gak campur balik sikit susu lama Bebelac tu dengan Dugro ni sampai En.Suami gaji try beli susu lain pulak. Aigooo.. pening2.

#gambar semua mr google punya,

10 comments:

Lufly Queen said...

As salam yana..

cuba yana kurangkan scoop susu ms bancuh kat anak. kerapkan anak bg minum air putih. klu kata anak cirit birit boleh kurangkan bg dia minum susu.. selalu itu yang iza buat klu anak ada masalah cirit birit ni..

silent reader,
izza
http://beautifullifeizzahafizah.blogspot.com

Shakina Farhan said...

shahadah minum susu dugro madu..tp agree dkt izza..kurgkan scoop susu..kl still keras baru tukar lain..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Alhamdulillah.. syahir dah ok mnum dugro. Tanpa kurg kan scoop. Mgkin hr pertama bg full dugro perut dia tkejut. Terima kasih kwn !

dalila said...

danish dulu minum enfagrow..tp sejak2 dh naik hrga ni x termampu pulak rasenye..hihi..betukar ke dugro..mula2 mmg poopoo keras sket..spi sembelit..pastu ila kurangkan scop..wat cair sket br ok..cer yana try cairkan sket..

dalila said...

danish dulu minum enfagrow..tp sejak2 dh naik hrga ni x termampu pulak rasenye..hihi..betukar ke dugro..mula2 mmg poopoo keras sket..spi sembelit..pastu ila kurangkan scop..wat cair sket br ok..cer yana try cairkan sket..

SeputihSalju said...

nurul pun minum dugro tp yang ada sekali buah+ sayur-sayuran tuh..

Fadhilah Fathihah said...

beli susu bebelac tu dekat mana ye ? kami cari semua kedai tak jumpa. macam pernah nampak. bila nak, tak nampak pula. macam-2 kedai dah cari.

Mama Fiza said...

Ada jual di jusco atau tesco. Kat kdai manjaku pun ada.

mat zoro said...

salam....sy ada jual stok susu enfagrow murah step 3 perisa ori 1.3 kg.....call/whatsapp 0172794115

qila aqila said...

Pening kann nk pilih Susu yg serasi dgn ank..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm