Thursday, September 10, 2015

Celoteh Yana : Part 218 - Nanak Apersh !

Assalamualaikum...



Bulan ni Syahir akan genap 2 tahun, 25/9 nanti.. dah besar anak ibu.
alhamdulillah Syahir sihat je.. biasa la kadang2 demam selsema batuk ikut musim. Sekarang pun masih selsema n batuk. Insha allah tak lama lagi okay la ni.


NANAK APERSH tu maksud dia taknak pampers bahasa Syahir. Tadi dia request sebab dua tiga hari ni dia tak sedap perut. Asyik berak je.. so melecet la kat bebird n celah bontot tu. So lepas sapu ubat dia mintak taknak pakai dah.. beria taknak nye. Yana memang dah lama tunggu dia sendiri taknak pakai sebab kalau nak atur sendiri dia belum ready tak best jugak kan. Sekarang dia dah ready nampak nya ibu kena siap siaga la dengan rutin 5-10minit pertama ni. Nak biasakan dia kencing n berak toilet. Dah ajar dia tadi kalau nak kencing yakyak cakap ibu, nak yak toilet. Setakat ni dia nampak faham tatau la klau jap lagi ibu kena bkawan dengan mop bersabun n kain basah kan. (Walaupun tu lah kemyataan nya Huhu)


Tapi takpelah kan.. bagus juga dia dah nak free diapers dengan sendiri nya. Selain menjimat kan belanja bulanan ibu & baba, mungkin ibu & baba dah bole plan bagi Syahir adik lagi ( eh, pampers lagi !? ) hahaha


Meantime semua karpet kena lipat masuk stor.. and mata ibu kena alert tengok dia ke mana. Sebab risau gak kan dia wat projek belakang langsir. Haha. Ok la.. sampai sini je cerita starting free diapers Syahir ni. Nanti cerita lagi ! Daaaa


1 comment:

nini said...

Mencabar jugak kan.....anak saya nanti camana lah gamaknya...hihihi

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm