Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 25, 2014

Celoteh Yana : Part 189 - Tart Nenas Homemade

Assalamualaikum....




Maaf la jarang menulis.. Yana duk sibuk buat tart nenas sekarang. Cari side income untuk tambah duit poket, selain cover duit shopping..


Tart nenas homemade Yana buat sendiri, cuma jem nya Yana beli paste siap kat kedai. Di bantu oleh adik perempuan, sambil jaga anak dari takde watpe kan.


Tart nya rapuh dan cair dalam mulut..
Boleh usha2 gambar kat bawah.





Kalau ada yang berminat nak beli, boleh whatsapp Yana di nombor
014-621 3262. Kuantiti bermula dari 25pcs, terpulang pada anda nak berapa pcs sebotol maksimum 70pcs. Lebih dari tu kira botol lain la kan ;)



Boleh juga di pos ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak. Wrap baik punyer tak hancur . Insyaallah puas hati..


Harga bermula dari rm15 sebotol 25pc, rm25 sebotol 50pcs.
Di bakar setiap hari bergantung pada permintaan.. 

Friday, February 21, 2014

Celoteh Yana : Part 188 - Review Pampers, PetPet @ Drypers @ BabyLove

Assalamualaikum...


Sebelum Syahir lahir, kitorang dah siap2 belikan pampers PetPet untuk kegunaan siang & BabyLove untuk kegunaan malam, hasil rekomen dari salesman masa baby ekspo kat Midvalley bulan 5,2013.



Dan alhamdulillah vontot Syahir okay je takde naik ruam mahupun melecet. Biasalah baby baru lahir kerap tukar pampers kan, sebab kulit dorang sangat sensitif. Kami pakai dua brand ni dalam 2 bulan jugak. Habis je stok terus stick dengan PetPet je masa tu pakai saiz S lagi. Masuk bulan ke 3, Syahir dah kena pakai saiz M sebab peha n vontot chubby macam ibu hehe...



Satu hari kitorang jalan2 kat Tesco, biasala masuk bahagian kanak2, susu, pampers dan ada sale pulak. Terus terpandang sampel pampers Drypers bergantungan. Terasa hati nak tukar pampers Syahir, cakap kat En.Suami dia okay je. So belek punya belek ambik jugak 1 paket kecik Drypers Wee Wee Dry saiz L untuk try dulu. Kebetulan kami nak travel masa tu so paket kecik sangat mudah untuk dibawa. Paket kecik pun ada 20+ keping dalam nya cukup la pakai 4-5 hari.



Alhamdulillah vontot Syahir pun boleh terima. Dan kadar serapan Drypers pun boleh tahan baik nya. Sama macam PetPet. Yana tetapkan setiap keping pampers hanya boleh pakai paling lama 5-6jam bergantung juga pada berapa banyak kuantiti susu yang Syahir minum dan pegang kawasan depan pampers untuk tahu tahap kebasahan.
Biasalah kalau terlebih minum, ada jugak kadang2 bocor waktu tidur malam. Yana terlajak tidur tukar pampers tak tentu masa. Berak tak pernah pulak bocor walaupun Syahir punya poop jenis yang sedang2 cair.
Puas hati la pakai 3 brand ni.



Jadi kami selang2 beli PetPet dan Drypers je sekarang, tengok mana yang murah walaupun beza harga rm1-2 je. Tapi kalau sebulan beli 2 paket jimat jugak kan rm2-4. Tapi sekarang ternampak pulak pampers Huggies Dry dalam range harga yang sama. Rm30-33 dan kuantiti 80pcs untuk saiz M. Saiz L tak pasti pulak. Teringin nak cuba, kesian vontot Syahir jadi bahan eksperimen. Hehe.. yelah kalau tak try n error mana nak tau kan. Kot2 kedai nanti kehabisan stok PetPet @ Drypers boleh amik Huggies sebagai penyelamat. Teringin jugak nak try brand Fitti ke, Diapex ke tengokla nanti kalau ter bekenan plak kan. Huhu






Apapun, tak kisahla brand apa kita pakai janji sesuai dengan anak2 kita. Jangankan nak jimat tapi kulit dorang takleh terima lagi kesian kan pedih je nanti kita pun sedih tengok.

Thursday, February 13, 2014

Celoteh Yana : Part 187 - Sepupu Sepapat Berlipat Lepat

Assalamualaikum...




Yana anak sulung dalam keluarga, manakala En.Suami anak ke tiga. Adik beradik Yana 6 orang, dia 4 orang.
Kakak & abang dia dah kahwin. Kakak nya punya anak seorang menjadikan dia sepupu pada Syahir. Anak perempuan, cucu sulung dan menjadikan Syahir cucu sulung lelaki.


Yana masih tinggal dengan mertua sementara kakak dia tadi tinggal di blok sebelah. Tapi selalu datang rumah ibu nya membawa anak nya.. lalu berkawan lah dengan Syahir sejak ada nya dia. Tapi si kakak ni sombong sikit, yelah diakan cucu sulung. Rapat dengan semua orang lebih dari 2 tahun di manjakan. Atok nak dukung Syahir pun susah, kena curi2 dukung. Kalau orang lain tak pe sebab dia memang manja dengan atok nya.







Tapi takpe, belah Yana Syahir cucu sulung so dia pun dapat macam mana semua cucu sulung dapat. Tok Ayah dia kemain sayang hari2 rindu, nasib baik rumah dekat2 so tiap kali ada terluang kitorang pergi sana, hujung minggu je tidur sana. Tok Ayah siap belikan dia bola la, mainan la. Seronok tengok nya.
Nanti dah pindah taktau la camne. Huhu




Alhamdulillah Syahir dikelilingi orang2 yang sayangkan dia.. Yana selalu
Berdoa semoga hubungan kasih ni
Berkekalan sampai bila2.
Insyaallah...



Celoteh Yana : Part 186 - Makan Steambot Hotel Royal KL

Assalamualaikum...



Kalau korang rajin atau ada submit Groupon ke, Mydeal ke, Milkadeal ke dorang ada banyak deal2 yang best2. Diskaun kaw2.. Yana adalah salah sorang customer tetap dorang. Tak kira la dari pada travel deal, food deal atau pon merchandise memang kebanyakan nya beli dari dorang sebab tak boleh tahan tengok harga yang melampau murah. Murahla dari beli direct kan. Tapi ada sesetengah nya korang kena survey dulu sebelum beli sebab takut harga pasaran lebih kurang je plus korang dapat lebih dari yang deal2 ni tawarkan.


Terbaru Yana beli food deal dari Mydeal, makan steambot kat Hotel Royal KL untuk 8 orang. Pergi dengan keluarga mertua 8.2.2014 sabtu lepas. Hotel Royal ni terletak belakang Hotel Park Royal. Korang kena masuk dalam baru jumpa hotel ni.
Satu kepala dapat rm14 selepas diskaun. Harga asal rm35.


Syahir dgn ibu


Baba Syahir



Atuk & Makcik2 Syahir

Atuk, Nenek & Maksu Syahir





Pilihan makanan yang ada okay la, tak banyak sangat. Ada periuk kukus & tempat grill. So boleh makan 2 cara.
Untuk grill ada ayam, udang, dan daging yang dah siap diperap dengan
Rempah nya. Steambot tu biasa la
tauhu kering, salad dan lain2.
Ada air panas dan sejuk.
Kopi, teh, jambu guava, oren dan 
Tembikai. Kuih - muih pun ada
macam2 jenis.


Kitorang sampai lebih kurang jam 7 petang habis makan jam 9. Banyak
lepak je dari makan sebenarnya hehe.
Balik rumah masing2 kekenyangan
Dan tidur awal malam tu.



P/S : ramai yang beli voucher
GOLD COAST MORIB ^.^



Wednesday, February 12, 2014

Celoteh Yana : Part 185 - Syahir Dah Besar

Assalamualaikum...



Sejak dua tiga hari ni, Syahir dah tunjuk perangai budak besar. Apa dia buat? Dia nak tidur sendiri... dia taknak ibu tepuk2 macam sebelum ni. Uhuk uhuk... ibu sedih jugak sebab baby ibu taknak ibu dodoi sebelum tidur.


Lepas dah kenyang menyusu, dia lagi suka golek2 pusing kanan pusing kiri sampai dapat posisi terbaik lalu mumbling sorang2 dan tertidur dengan sendiri nya. Semudah itu.......... bau ketiak ibu tidak lagi menjadi pujaan hati Syahir. Huhu.




Ha.. camnilah gaya tidur dia sekarang. Kebanyakan nya mengiring dan meniarap


Harini Syahir dah 4 bulan setengah, tak lama lagi masuk 5 bulan .. semakin hari semakin banyak akal dia. Yang terbaru lebih selesa tidur meniarap, sejak2 dah pandai meniarap ni. Walhal dulu tak hingin tidur camtu pun mungkin sebab sakit dada n perut dia tak pandai balance lagi.


Paling best ada anak ni kan bila dia pegang2 muka kita sambil bebel entah pe benda, atau masa dia bangun pagi nampak kita dia bagi senyuman yang paling manis sekali, ataupun masa dia nak kita ambil dia dari dukungan orang lain sambil buat muka comel dan merayu. Alahaiiii cair !

Saturday, February 8, 2014

Celoteh Yana : Part 184 - Pigeon Perilstatic Plus

Assalamualaikum...



Syahir dah pakai botol Pigeon Perilstatic Plus ni dah lama.. sejak umur dia 1bulan lebih. Baba dia la belikan, sebab kawan dia suggest kata bagus.. yana masa mandong dulu dah beli 1 set 3pcs botol Avent biasa tu dapat pakai sebotol je yang lain simpan dalam almari.


Pastu 2bulan lepas kitorang ada beli 1 set lagi barang Pigeon ni. Rm155 lepas diskaun. Dapat 1 biji botol kecik, 2 biji botol besar, 1 set berus, sebotol pencuci botol, 2 pcs puting 6 month dan 1 paket besar tisu basah. Semua botol disertakan dengan puting. Yang kecik puting 1 month, yang besar dua2 puting 3 month. Kalau beli asing dah dekat 200 ratus lebih kan. Untung jugak.





Yang jadi masalah nya sekarang, Syahir taknak tukar puting. Dia nak puting 1 month tu je, sebab flow nya kan sikit dan kurang laju berbanding 3 month punya. Setiap kali yana cuba ajar dia guna puting baru, mesti dia minum sambil marah2 pastu x habis dan tersedak.


Pendapat kawan2, apakah patut yana
terus ajar dia guna puting baru sampai pandai atau jual je pada yang mahu beli ?


Kalau ada yang berminat, yana Nak jual 1 set puting ni pada harga rm24 termasuk pos. Kalau beli sekali 2 set a & b rm45 termasuk pos.
(Harga pasaran rm24.90 1 set).

Set a) puting 3 month 2pcs
Set b) puting 6 month 2pcs



Dalam gambar bawah ni pulak nak jual

Set c) 1 botol besar 240ml beserta puting 3 month : rm 50 beserta pos
(Harga pasaran rm55)
-ubat cuci botol tak jual-











Kalau ada yang nak beli tinggal komen kat bawah atau emailkan pada yana :
yanapinggiran@yahoo.com.my

Friday, February 7, 2014

Celoteh Yana : Part 183 - Azam Tahun 2014, Mahu Kurus !!

Assalamualaikum...


 Hehe tiap tahun rasa nya azam yang sama. Waktu sekolah seluar size 27 xpernah lari. Bila da bercinta hati senang sikit naik size 28-29. Berat maintain angka 4. Start kahwin masuk angka 5, yelah suami makan kita makan dah kata duk serumah. Masa bercinta kan duk asing so bolehla ngelat kalau dia tanya dah makan ke belum jawab je dah.


So duduk jela angka 5 sampai la start mandongkan Syahir lebih kurg 56kg masa tu. Terakhir berat sebelum bersalin 75kg. Habis pantang 59kg. La ni .......... sila lihat gambar

(Malu dengan diri sendiri sebab
Dah lama tak guna penimbang
Sampai berhabuk trok ! )



Sedih dan hiba hati ini... huhu masuk angka 6 wehh !! Salah satu nya sebab bila dah tak bekerja dan ada anak, bila anak tido adalah masa kita tido (sebab malam tak cukup tido) tak kira la lepas mandi ke, lepas makan ke, kalau anak nak tido kena dodoikan secara tak langsung ter join sekali, kalau takde kerja lah. Dapat eksesais pon bila sidai kain ke, basuh baju2 syahir ke (ye, basuh tangan), jalan ke dapur buat susu ke, bawak syahir jalan2 depan rumah petang2 dll. Tapi x mencukupi la sebab sangat ringan punya eksesais. Lemak is bermaharajalela skarang ! Geram ...
Tapi makan tak jaga pon. Huhu..


So ni lah azam tahun ni dan tahun lain2 pun.. nak kurus. Nak kurus. Nak kurus.
Ada terbaca pasal diet 7 hari (boleh google).. macam senang je. Tinggal lagi nak beli bahan2 masak je la. Biasa lah syarat penting tak boleh makan nasi. Insyaallah boleh kot.. tengokla nanti camne. Start dengan angka 6 ni, harap2 dapat cecah 5 pada hari ke 8. jom sama2 diet, kalau ada kawan tambah sikit semangat ni  ^.^


### TIPS MUDAH : MINUM 1 LITER AIR UNTUK SETIAP 25 KG BERAT BADAN..

Wednesday, February 5, 2014

Celoteh Yana : Part 182 - Masalah Keguguran

Assalamualaikum...


Lepas bersalin memang masalah keguguran rambut perkara biasa. Yana dah alami, selama ni dengar cerita orang je.. sakit hati ni asal baring je mesti melekat rambut dekat bantal, asal sikat gugur, asal syampu jatuh ke lantai.. sekali gugur dalam 10-20helai. Tak lama botak la kot.. tu belum lagi yang syahir tarik. Belum lagi bila pakai anak tudung... pada yang dah ada pengalaman, berapa lama ia akan berlanjutan? Ada solution ke? Pakai syampu anti gugur berkesan tak?



Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm