Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 28, 2013

Celoteh Yana : Part 166 - Nak Tanya Ni

Assalamualaikum,




Dear bloggers, 

Saya ada beberapa soalan nak tanya yang dah 
lama bermain dalam fikiran ni :-

1) Betul ke kalau masa mandong selalu minum 
minuman berais, baby akan lahir besarrrrrr ?

2) Betul ke minuman berais akan jejaskan kuantiti 
& kualiti susu badan lepas je melahirkan nanti ?

3) Betul ke kalau ibu mandong mandi lepas jam 
malam akan menyebabkan baby lemah @ 
ada masalah kesihatan lepas dilahirkan?

4) Biasa nya bila nurse @ doktor akan ajar 
cara2 melahirkan ? Kalau ceasarean tak payah ajar 
lah kan, sedia je perut tu kena belah. Ada kelas ke, 
atau ajar masa cek up kat KKIA ke, atau dalam 
dewan bersalin nanti masa tu dia ajar ?

5) Scan 4d kat mana yang best, berpatutan area 
Selangor, Kuala Lumpur ni ye ?



Buat masa ni, ni jelah soalan yang selalu 
bermain dalam fikiran .. Harap kawan2 yang ada 
pengalaman tu, kongsi2 lah ye. Nebes ni, tup2 dah 
nak masuk bulan ke 7. 

Thursday, June 27, 2013

INFO : 14 IMUNISASI WAJIB UNTUK ANAK SEDARI LAHIR

Assalamualaikum,




Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit. Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Dari semasa ke semasa, Persatuan Doktor Pediatrik Indonesia (IDAI) melakukan penilaian terhadap jadual imunisasi berdasarkan perubahan epidemiologi penyakit, dasar kementerian kesihatan / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dasar global, dan perolehan vaksin di Indonesia. Namun imunisasi tidak lagi dibeza-bezakan sebagai imunisasi yang diwajibkan atau pun imunisasi yang digalakkan.  Semua imunisasi kini MESTI diberikan kepada semua bayi dan kanak-kanak. 
Berikut 14 jenis imunisasi yang mesti diberikan.

BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.
 
Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.
 
Polio Polio boleh mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan. 

DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.
 
Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian. 

HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri. 

PCV Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).
 
ROTAVIRUS Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq). 

INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada: 
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun. 
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV. 
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok. 
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan. 

VARISELA Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun. 

MMR Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme. 

TIFOID Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.
 
HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.
 
HPV Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan. 

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi. 


Sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/news/14-imunisasi-wajib-untuk-anak-053906597.html;_ylt=Aqvw4Q5UeTx7UspesWXHm_MfvOd_;_ylu=X3oDMTRxZmU5MmdtBG1pdANMaWZlc3R5bGUgUmVjaXJjdWxhdGlvbiBvbiBBcnRpY2xlBHBrZwM3MDJkMzJmNi0wYjJiLTM2YTUtODNlMS0xYjYwNDZhODg0YWUEcG9zAzUEc2VjA01lZGlhQkxpc3RNaXhlZExQQ0FUZW1wBHZlcgNjNzc3ZTRmMy1iZDIxLTExZTItYjlmZi1jYWVhNGNlYjUwOTk-;_ylg=X3oDMTMzM3FyODJ2BGludGwDbXkEbGFuZwNlbi1teQRwc3RhaWQDMTM0NmNmNjktNjE2Mi0zMTc1LWFmZmUtMjgzMWNjOTBkZTA0BHBzdGNhdANtYWxheXNpYXxoaWJ1cmFuBHB0A3N0b3J5cGFnZQ--;_ylv=3

Wednesday, June 26, 2013

Celoteh Yana : Part 165 - Terapi Diri

Assalamualaikum,




Sebagai membalas ketidak adaan mood semalam,, 
harini Yana telah menjalani satu terapi. 
Dimana terapi ni selalu nya berkesan untuk 
para wanita, sedunia.


TERAPI MEMBELI BELAH... 


Terapi ni boleh di buat bila2 masa, andai ada 
kesempatan sila lah ke pusat beli belah berdekatan anda, 
kalau tak sila lah guna kan kelebihan internet 
buat pembelian melalui ONLINE :)







Ni antara hasil 'rembatan' untuk hari ni, harap akan 
ada lagi untuk hari esok.. hehe.. tanpa sedar, jumlah 
angka dalam akaun semakin berkurangan. Pedulikkan. 
Janji terapi ini sangat membantu saya senyum 
kembali. hehehee  


Kenapa pilih design sama? Yelah, dah nama pun 
'mak yong' kena lah pilih design ala2 kembang camni 
jugak wat masa ni. Lagipun pas bersalin boleh 
pakai lagi dan sesuai untuk orang bertudung kan. 


Pada yang berkenan nak intai2 kedai online ni, 
Murah2 dia jual, Yana dah banyak kali beli dengan
dia, material pun sedap pakai.. Tapi make sure
korang tengok ukuran betul2 ye. Nanti dah beli
tak ngam dah rugiiii :)

Tuesday, June 25, 2013

Celoteh Yana : Part 164 - Ke Laut ..

Assalamualaikum,



Mood dari semalam adalah 'ke laut'.. Makna nya mood tak berapa nak ada, tak seronok. Entah kenapa. Malam tadi lepas makan, 'dak kecik' asyik mengeras je. Bayangkan dengan perut penuh pastu mengeras, adalah tak seronok ok. Rasa macam terik je dan tak sedap badan. Duduk tak kena, berdiri tak kena, last2 baring. Itu pun mengiring.. Kalau terlentang lagi rasa sakit. Bila dah macam tu, awal la Yana masuk tidur semalam. Jam 9.30 dah tidur, asal nya nak rehat2 je tunggu perut okay, terjaga dah jam 12.30 malam. Itupun sebab En.Suami kejut suruh alih tempat tidur molek sikit. 


Pagi ni pun sama, perut masih macam tu. Breakfast tadi makan roti Gardenia coklat tu 2 bungkus, sampai la ni perut rasa penuh. Ada beli nasi lemak sebungkus.. Nak buka dan makan takut tak lalu pulak. Tapi bau nya dah memanggil ni.. Mood yang ke laut ni membuat kan diri ni teringat kat bantal & katil  kat rumah je. Entahla sejak akhir2 ni, tengok ofis pun naik menyampah. Hati dah tak seseronok awal2 kerja dulu. Memang dah meminta2 pindah kerja, harap2 ada rezeki lebih baik nanti. Insyaallah.


Monday, June 24, 2013

Celoteh Yana : Part 163 - Jerebu Menguasai !

Assalamualaikum,



Isnin... 24.6.2013

Pagi ni Selangor masih berjerebu, tapi rasa nya semalam lagi teruk ! Dalam pada teruk, Yana, En.Suami & ipar sempat masuk KL. jalan2 dalam Semua House, Sogo & Pertama. Kami tak pakai face mask sebab keluar pun dah petang, jerebu makin kurang. Walaupun bau asap2 tu masih ada.. pasrah aje.
Teman kan bakal kakak ipar tu, dia nak cari & survey barang hantaran, kad kahwin. Nak kahwin nya bulan 9 ni, baru hegeh2. Mak yong ni suka lah dapat keluar dari rumah, walaupun ada sebijik tembikai kat depan ni .. hehe, yelah bosan kot duduk rumah je. Itu pun mula2 En.Suami larang sangat2 keluar rumah, hatta depan rumah. Kata nya tak elok untuk U & baby. Okay, ikutkan aje.. Tapi bila dah petang dia pun bosan agak nya, terus setuju nak join jalan2 dengan alasan kita masuk mall je kan :)

Mak yong takde beli apa, En.Suami je beli sampin untuk pakai raya nanti. Dapat sehelai RM 45, kain sampin jahitan mesin, dari Sri Lanka. Murah, sesuai lah dengan kualiti nya. Kata pakai setahun 2,3kali je. Jadi lah. Asal pagi raya WAJIB pakai, cara saya lah. Kalau cara orang lain, tak tahu pulak. Yana belum dapat mood shopping lagi, suka nak shopping bulan puasa nanti. Eksaited dia lain macam tau ! 

Alhamdulillah, 'dak kecik' pun behave je sepanjang kami dekat luar tu. Takde meragam, molek je duduk dalam perut. Kat Sogo sempat usha barang2 untuk 'dak kecik', termasuk lah stroller & car seat. Sebab bape bulan je lagi kan, memang kena survey siap2. Sampai masa beli je. En.Suami paling eksaited pilih2 kepoh kat area tu, kami gelak2 kan aje. Yelah anak sulung kan... Balik tu kami singgah Manja Ku cawangan Sri Gombak, survey lagi. Ada yang dah masuk list kami. Insyaallah nanti boleh survey kat Jaya Jusco pulak. Kami sampai rumah pun dah malam.. Badan, kaki memang sakit sangat2. Siap2 bilas badan, muka salin baju terdampar depan TV bagaikan paus.. hehehe. Dekat jam 12 masuk bilik tidur tau2 dah pagi Isnin. Berakhir hujung minggu kali ni :)

Thursday, June 20, 2013

Celoteh Yana : Part 162 - Idea Kreatif Untuk Dapur Anda ! (Spice Rack Comel)

Assalamualaikum,



lama tak update kan.. ntahla takde benda nak bebelkan, 
kalau ada pun sejemput je, malas lah nak masuk sini. 
Nanti korang baca ciput2 je tak syok gak.. 


Eh nak bagitau korang, dekat MILKADEAL.COM 
sekarang ada jual spice rack comel gilerrrr !! 
Lagi comel dari Nora Danish wat Gwiyomi tu !
Tak caya meh tengok sikit.... eeee, geram !







kalau beli satu letak kat dapur ni, alahai seronok nya... 
Masuk kan rempah2 yang korang selalu pakai kan, 
macam bunga cengkih, kulit kayu manis, lada hitam dll 
atau masuk garam, gula letak dekat2 dengan dapur 
memasak bila nak guna capai je. kalau kreatif lagi, 
letak atas meja makan ke, isi la pelbagai jenis 
gegula atau kekacang dalam tu. 
Benda comel camni, 
mesti semuorang berkenan !!


Korang nak beli klik LINK INI pergi beli 
dengan Milkadeal.com, kat luar taktahu lah 
berapa harga dia.. 
Kat milkadeal.com, jual RM 45 siap delivery.

Paling penting BACA DULU TERMA & SYARAT y
ang dia sertakan dalam link tu. Okay,
selamat membeli belah 
(nak sambut raya ni, elok ada 1 set :))


Monday, June 17, 2013

Celoteh Yana : Part 161 - Kenapa Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu?


ADA SEBAB MENGAPA SYURGA DI BAWAH 

TAPAK SI PEMILIK RAHIM.



Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali WANITA.

Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali 

WANITA.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal 

atau ceaser, kecuali WANITA.

Malah dalam proses pecah dara sekalipun, tiada siapa yang

 tahu sakitnya pecah dara, kecuali WANITA.


Beritahu saya, adakah pengalaman yang mereka lalui ini 

terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?


Lalu berhakkah satu-satu pihak mengatakan wanita 

berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang

 BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak

 perlu berpantang?


"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas

 bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid." 

Nah,Sungguh tinggi darjat wanita.


Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat 

yang disediakan untuknya?

Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya

 melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?


Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, 

boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian
 
menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat

 membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung

 jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka

 di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana

 perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris,

 satu persatu demi menzahirkan seorang anak.


Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear.

 Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan

 darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab

 menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda

 sekarang? Atau akan datang?


Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi

 rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda.

 Berpantanglah.


Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara

 enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang

 tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita,

 iaitu rahim ibu-ibu kalian. Jika tiadapun perasaan malu,

 sekurang-kurangnya adalah sedikit perasaan kesian. Jika 

anda masih layak bergelar suami.

Thursday, June 13, 2013

Celoteh Yana : Part 160 - Minggu Ke 24

Assalamualaikum,



Pagi ni ada cek up kat klinik kesihatan.. 
Masuk minggu ke 24 dah.
Ada sikit info nak kongsi.



MINGGU KE 24,
janin bersaiz sebiji BETIK, 
paru-paru nya sudah bersedia untuk 
hidup di luar rahim sekira nya kecemasan berlaku 
walaupun masih belum matang.


TENTANG SI IBU
Jangan panik sekira nya ada perkara aneh berlaku
di sekitar rahim atau perut. Memandangkan janin masih
mempunyai ruang untuk bergerak, janin akan bergerak aktif. 
Anda boleh melihat perut yang bergelombang, atau bergetar.
Pada masa ini juga, uterus akan berkembang, jadi akan 
terasa sakit seperti mahu bersalin. Ini dipanggil
"kontraksi palsu" atau bahasa saintifik nya
"Braxton Hicks".. Jangan khuatir, kerana uterus kita
sedang berlatih untuk kelahiran yang akan datang.
Pedih ulu hati, ketidakhadaman, kesukaran untuk tidur
adalah perkara biasa yang akan di alami bermula
semakin kerap minggu ini. Begitu juga dengan sakit belakang.



(di terjemah dari BabyZone's)


Tuesday, June 11, 2013

Celoteh Yana : Part 158 - Dugaan Pasti Kan Mendatang..... Dia Kembali !

Assalamualaikum,




Amacam tajuk? Entah hape2 je dugaan nya kan... 
Dugaan ni hah ! Yang bawah ni !!! 


RAJA SEGALA BUAH -DURIAN-


Sangat tempting hokey ! Sekarang dah masuk musim dia, 
dah start dah sana sini berlonggok.. Gambar ni di ambil dari FB sepupu yang ada banyak pokok durian belakang rumah dia.. 
dekat area Batu Berendam, Melaka.
Dan dia mempromote sedara mara kengkawan dia makan 
durian free.. Adoi sapa tak suka ni rugi weh ! 
mat saleh pun suka (ada yang tak suka jugak busuk 
kata nya). Tapi alangkah rugi nya rasa sebab tengah 
membuyung ni nak makan banyak2 macam masa 
bujang2 dulu adalah TIDAK DI IZINKAN takut 
effect pada kandungan. Sedih2 , tapi dalam pada 
sedih2 minggu lepas dah habis 6 ulas ! hehee.. 
jadi lah buat lepas gian. Eh, itu minggu lepas 
punya cerita.. Minggu ni kot ada lagi, boleh lagi 
kot 6-10 ulas. hehee. Sebenar nya kan, dari tahun lepas 
Yana dah pantang makan durian ni. Sebab takut 
panas nak mandong susah. Kira musim tahun lepas 
memang tak makan langsung ! Tapi musim ni tak kira ! 
Mesti mauuuuuu ! 'dak kecik' pun macam okay je 
rilek je pas makan. Takde apa kot.. 
Janji tak fikir bukan2, semua pun kita makan ye dak. 
Dahla semalam duk perabih koktel dalam tin tu, 
kan ada campur2 buah betik,nenas,ceri,nata de coco 
dalam tu. ooohhh dia punya selera sampai 
ulang 3 kali makan. Last2 malam tadi perut berangin je, 
buang angin panjang nya 1 gabak keretapi.. 
hahaa, cite tak senonoh betul. 





Okeh2, pada penggemar durian, 
RAJA BUAH KINI KEMBALI !!!

Monday, June 10, 2013

Celoteh Yana : Part 157 - Sakit Perut Sangat2 !!

Assalamualaikum,



Kelmarin (Sabtu) ada kenduri kahwin di Ampang. Sepupu sebelah ayah.. Majlis berlangsung meriah, tak hujan (alhamdulillah) dan lancar. Macam biasa, malam ada sesi buka hadiah oleh pengantin baru. Yana dan En.Suami turut serta, sibuk juga nak usha hadiah orang . eh taklah, nak meriahkan suasana lah.. Sedari siang, ramai saudara mara yang tegur Yana dah pakai 'uniform' haha.. Yelah dah tak muat pakai baju kurung moden kita tu, kena lah pakai uniform. Bukan uniform apa pun, maxi dress aje.. ramai yang ucap tahniah sambil tanya bila dua, jantina baby, morning sickness etc.. Alhamdulillah, ramai yang mendoakan. 


Nak dijadikan cerita, berbalik pada tajuk... Malam tu kami sampai rumah jam 12 tengah malam.. Lepas bersihkan badan, terus 'pengsan' atas katil. Sedar2 perut sakit memulas sangat2 ! Yana dah 'cuak' @ takut sangat2 sebab tak pernah sakit camni lagi sejak mandong ni. Memang rasa nya macam nak buang air besar, so pergi tandas. Tandas dah la cangkung, 'hasil' pulak macam takde je tanda2 nak keluar. Yana ulang alik 5,6kali ke tandas tak jugak selesai. Masa ni dah berpeluh sakan, macam nak nangis nak call mak tanya kenapa. Yelah kita 1st timer mana tau pape kan. Risau jugak pasal selalu baca orang nak bersalin ni ada rasa nak buang air besar. Takut sangat ! Sebab masuk je tandas, hilang kejap rasa sakit tu, bila keluar tandas masuk bilik mula balik. Nak kejut En.Suami macam tak sampai hati, dalam pada tu tengok2 jugak kot ada bleeding, takde pulak. 





So, Yana tunggu lagi, sambil menonggeng atas katil (macam dalam gambar tu) masa ni memang berpeluh macam baru lepas berlari, dengan perut memulas, takut nya semua ada. Dalam pada tu, Yana tertidur. Sakit perut tu masih ada selang 20 saat kot. Tiba2, rasa perut berangin je macam ada gelodak2 dalam tu, terus masuk tandas balik dan selamat lah yang 'menakutkan' tadi keluar.. Phew! Lega weh ! rasa macam nak luruh jantung di buat nya sebelum tu, ingat kan apa lah tadi. 


Dan alhamdulillah, lepas tu dah ok.. Perut pun tak memulas macam tadi lagi. Yana sambung tidur .......
Esok nya cerita kat En.Suami dia kata "mana cukup bulan lagi, apa pulak nak bersalin" adoi cik abang, kita kena lah fikir jugak pasal tu kan.. mana tau pape jadi kalau kita wat derk je tak pasal2. 


Sekarang dah ok, 'dak kecik' pun masih aktif kat dalam.. agak nya salah makan masa hari kenduri lah tu. 

Saturday, June 8, 2013

Celoteh Yana : Part 156 - Kejang Kaki Semasa Tidur

Assalamualaikum, 




Tengok tajuk pun dah tau kenapa kan.. 
Biasa nya kebanyakan perempuan mengandung 
akan rasa kejang kaki ni. Selalu nya di alami dekat 
bahagian betis masa tidur. Sedap2 tidur, tiba2 
kejang tu tangkap kat betis. Memang rasa nak
 jerit kuat2 sebab sakit nya yang alami je tau ok.


Yana kena 2hari lepas. Dalam pukul 4 pagi nak 
bangun pergi tandas, tup2 kejang pulak betis 
sebelah kanan. Masa tu En.Suami sedap tidur tak 
dengar pun bini dia ni mengerang. Tanggung sorang2. 
hehe. Gegas bangun tegakkan kaki terhincut 
jugaklah pergi tandas. Nak cangkung pun sakit. 
Pastu dah rasa ok sikit, tidur semula. Terjaga nak ke
tandas lagi sekali jam 7 pagi, kena pulak belah kiri. 
ADoi ! masa ni En.Suami tengah mandi, tapi dah nak 
siap keluar tandas Yana bangun cepat2 berdiri tegak 
baru berhenti kejang tu. Keluar tandas cepat2 baring 
balik sambil buat muka marah kat En.Suami 
(haha taktau marah sebab apa) dia tanya sebab apa, 
Yana cakap lah kaki kejang! Pastu dia senyap je 
wat derk.. haha. Ingat kot dia nak keluar kan ayat2 
pujuk ke apa, hampeh.. takde ok! En.Suami siap2 
nak pergi kerja Yana buatkan air pastu kemas2 
apa yang patut dan bersiap nak kerja pergi kerja jugak.. 


Sini Yana share sikit info pasal kejang kaki ni, 
dan cara tangani nya :-


Kejang kaki biasa berlaku kepada ibu hamil pada trimester akhir kehamilan. Kadang=kadang ia berlaku di waktu malam dan ketika sedang tidur.

Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki anda. Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan:

  • Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas)
  • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda,
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.


Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:

  • Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
  • Urut otot yang kejang.
  • Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.



Selain itu anda juga boleh mencuba cara2 dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:

  • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali  sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
  • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
  • Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
  • Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.



Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yg berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan naishat dari doktor anda. Ini kerana kemungkinan anda menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Friday, June 7, 2013

Celoteh Yana : Part 155 - Kisah Beli Rumah

Assalamualaikum,




Bape hari dah tak update.. Taktau apa nak 
di bebelkan, di samping sibuk dengan kerja kat ofis ni. 
Yelah makin lama makin banyak benda nak di siapkan 
sebelum cuti bersalin yang dah makin dekat 
(3bln ++ je lagi). 


Dan alhamdulillah, proses pembelian rumah ni sangat 
mudah (ye mudahla kalau dah standby duit nya + 
takde masalah menimpa). Rezeki anak ni. 
Kami dah tandatangan surat perjanjian loan awal 
minggu haritu, malam ni bayar insuran tahun pertama 
berjumlah 1.5K ++ dan insyaallah minggu depan kami 
akan jumpa peguam yang menguruskan S&P agreement 
rumah ni pulak. 


Semalam dapat quote harga dari ejen, 
kena standby dalam RM 2,3k ++ untuk bayaran peguam ni. 
Dan insyaallah seminggu lepas tu, akan jumpa peguam 
bank pulak untuk urusan loan. Bayaran di 
kenakan RM 3,2k ++ .. Uish semua duit tu. Sekarang 
memang tengah jimat cerrrrmmmaaaatt sangat2. 
Nak beli lebih2 sangat pun takut. Padahal bergelora ni 
hati nak beli itu ini. Takpe, lepas 2 bayaran ni tinggal 
lagi bayaran lebihan untuk deposit rumah tu, RM 5k. 
yang ni kami dah bersetuju dengan owner kami akan 
buat bayaran ni hanya lepas keluar duit KWSP. 
harap2 urusan dengan KWSP mudah juga 
macam urusan2 lain. Lepas setel semua bayaran2 ni, 
kami dah tak pening lagi kot. Tinggal nak bayar 
jumlah2 kecil je macam fees kebakaran, maintenance etc.


Loan mungkin start bayar dalam masa 2,3 bulan lagi. 
tak tahu lah. bergantung pada bila pihak bank akan 
bayar pada owner lah. Kiraan2 ni semua untuk loan 
berjumlah RM 78k ++ .

Monday, June 3, 2013

Celoteh Yana : Part 154 - IKEA Damansara :)

Assalamualaikum,




Semalam, Ahad petang lepas balik dari kenduri 
dekat Sentul (Rumah Tamu Datin Halijah) dalam jam 6 
Yana dan En.Suami keluar jalan2 ke IKEA. Semangat 
nak survey2 barang2 untuk rumah nanti. cewah, 
mentang2 loan dah lulus... hehe. Yelah, rumah sendiri kan, 
mesti lah nak berhias. Duduk rumah orang terhad hias 
bilik je. Macam2 kami tengok dari ruang tamu, dapur, 
sampai bilik tidur. Dan rasa nya seronok sebab IKEA 
memang kena dengan selera kami. Pilihan banyak, 
pastu ada contoh2 yang boleh dijadikan inspirasi untuk 
semua orang. . Macam2 pattern ada. Tinggal sediakan 
duit nya aje. Pastu harga  nye pun berpatutan lah untuk 
orang2 baru nak berumah macam kami. Ramai jugak 
orang kat sana semalam, yelah dah gaji kan :)


Alang2 dah jumpa cermin, moh kita bergambar !
buat kenangan ...





Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm